........................................................................
* Just simple update for hari hari study week ku for sem 1 *actually aritu nak update, disebabkan buzy study, lappy pon sepanjang start study week tu tak bukak. plus line tak brapee. so decide balik kg baru update simple sesimplenye. HAAA.
1) KYC (Kesatria Youth Challenge )
- Selama dua hari kat Uitm Puncak Alam. Alhamdulillah, berdebar gilee kot time pertandingan kawad tuu. mmg teror teror laa se se group kawad. Nak nak yg account' punye plantun. key siyesss havoc gilee diaorg ~.~'
Last talk by Tuan Hafiz before pertandingan
Komander Uitm Puncak Perdana
- Hari kedua pon still kene pi sane untuk acara QYC ( Berlari sekeliling puncak alam,berbasikal and mcm mcm laa. at first ak pergi sbb kene masuk berbasikal. tapi setibe kat sane, org yg sepatutnye masuk tu dtg. *sptutnye ak ganti ye. so jwbnyee tak masuk laa aku. tgk je orang masuk. Key sangat nayee nampak sengsorang sampai kat garisan penamat. mukaa putih siap sedia pengsan dan ramai yg pengsan. aku like "fuhh mujur tk jadi masuk" ekekek.
QYC TEAM
- MAjlis penutup.
VIP, Komander peserta Kesatria Youth Challenge
Uitm Puncak Perdana Puncak Alam 2014
- Malam selepas tu, komander semua and tuan hafiz and cikgu din siap belanja kitaorg domino pizza agi. diselangi pembahagian hadiah, kata kata semangat dan naasihat dari cikgu din *yela cikgu din dah habis praktikel and dh nak gerak balik penang *dia actually MPP kolej kitaorunk plus Bekas komander laa. best ye . awal awal tak kenal ye mmg sentap habis hati, lama lama siyes, korang akn suka dia :) kata kata dia full of nasihat.
-sehari sebelum pertandingan, tuan hafiz bawak kami semua plantun pi panjat bukit kat sebelah kampus kitaorunk, first time naik! tinggi. tapi cantik viewww ! *next sem nk try usha tasik senior kata ade kat sebelah sane bukit tuu. siyes tgk gmba cantik gila ! :)
*i will miss you guys !
Puncak Bukit Perdana
2) MEET BESTIEY ! :)
Nak kawad tu terpaksa pi cari seluar trek and kasut. so one of day to keluarlah beramai ramai ke Giant shah alam untuk "shopping" and kebetulan waktu tu perlawanan AFF SUZUKI CUP MALAYSIA vs VIETNAM separuh akhir. so rmai laa ultras penyokong semua *siap meet Arja Lee and Mikail Andre lagi kau ! hahaha.
Suasana Stadium Shah Alam
yang lagi tak sangka, dapat meet kawan baik aku sendiri ! haaa, dia datang dari ganu nak p tgk bola. last last jumpe laaa fatah :) ayie datang dari johor tapi tak sempat meet jugk :( sbb dh ptg. bola nak start. aku plak kene gerak balik kampus dh. dapat jumpe kejaaap je ngan fatah. ahhaha. tak sangka kot.
*kpd kwn kwn ku yg lain mohon next time ade jugak yg lain datang jenguk jumpe aku kat shah alam key ! im waitingggggg :P
3) STUDY WEEK + DENGGI
Study week kitaorunk seminggu. Housemates aku ade yg balik. tinggal aku,ummu (orang ganu) watiey & faz (kelantan ). Siyes sunyi gile tapi best jugak. dpt fokus study. roomate aku pon balik. hahaha. *conquer bilik gelak jahat *
Pegi library fuhh sejuk beku otak study. tapi best. study gile gile ah memasing. mmg sunyi rumah *sekali skale tak tahan watiey mai kacau study "zatiiiiiiiii" *sambil landing atas katil and meja aku. ahahhaa.
Sekali je sempat pi library time study week. hari lain, ade something happen. Ummu and Faz disyakki DEMAM DENGGI ! hambek kauu. faz bintik bintik merah satu badan, ummu pon same. so dekat seminggu tu padang main ulang alik UK (Unit Kesihatan) faz, mak ye datang terus bawak gi hospital lain. So, aku nemanin ummu. byk kali gak naik ambulans ke Uitm Shah Alam untuk amek darah masuk air bagai. Kesihan kot tgk diaorunk. mcm mcm ikhtiahar. nasib belum sempat final start, memasing dah sembuh :-) *new experience.
*Kwsn kitaorng mmg kawasan tinggi kes denggi pon. tiap minggu tiap saat ade.
4) FINAL EXAM +NEW YEAR (2015)
31 disember aku dah start first paper for Final sem 1. heee. CTU jee "pon" *ingatkan habis f5 dah takde dah bab bab sejarah ni., last last jumpe lagi ! fuhh. kembali mengembeleng otak. haaa. Alhamdulillah jwab boleh la ~ nak yakin, tak yakin. nk tak yakin, rase okeeey jugak la dari paper lain. ahahha.
Next paper 3 hari selepas tu. so mlm tu kan mlm new year. dah rancng ngan housemates taknak study lagi *sbb frust dgn soalan. hahaha. malam tuu layan movie. Mula mula ptg tu layan Ayat Ayat cinta *haa sedihh biar pun dh byk kali tgk. AHHAA. malam tu tgk AH BOY TO MEN 1&2 siyes best citee ni! kene tgk, Coming soon Ah boy to Men frog men ! may 2015 ni keluar. ahhahaa. cant wait !
Malam tahun baru yang hambar. takde tgk tv live. bunyi bunga api sayup sayup *tak tau ah kalau ade tapi aku tak sedar. mmg hambar. krik krik dalam rumah. tu je. haa :')
Sempat jugak pi Space U8 pi nonton wayang ! wehee, tgk Night At Musuem. seriyes best tgk situ. sbb takde orang *siap sempat mkn mknn jepun + korea agi. Tayoki ke ape tah name. best jugak ! i like. hee :D *Thanks watiey bwk kitaorunk pi jengjalan. Perginya berempat je. Sweethearts saya. Zatul Ummu wati and aku :) hee.
*Harap maju lagi laa spaceu8 ni. best dah. tempat byk lagi kedai tak bukak. kalau semua bukak mesti lagi meriah :)
Paling cantik kat Space U8, air pancut :)
Zatul watie aku and ummu
Untuk final aku ade 5 paper. *blajar 6 subjek. So, semuanye dah aku jwb. semua dah lepas *yelah ni time aku tulis blog ni aku dh ade kat ganu, tgh bercuti sem dah ! hahh.
Byknyee paper susaaaaaaah ! ahahahahahahahaha. kbye. taknak story. tapi yg paling aku takkan lupakan final sem 1 ni time btol btol last paper *13.1 pagi.
Sehari sebelum tu aku lunch nasi biasa laaa. ptg tuu lapar tahap gilaaa.so, niat nak perhabiskan satu bungkus lagi maggi yang tinggal selama 5 bulan kat situ. HHAHA. sbb malas nk angkut wat balik ganu. So ptg tu dekat magrib dh (dlm pkul 6 ) mkn la maggi. so mlm tu tak mkn nasi sbb dh kenyang. Pergi Ko-op koop roti pon cam hidup tak hidup je HAHA. so tak mkn tak beli roti.
keesokkan tu paper tough bagi aku and semua rasenye. byk kene hafal kene faham meanings. so mlm tu niat nak tido lambat. telan laah nescafe. LAST LAST AKU SORANG JE TAK TIDO. hahahahahahaha, gilaa takut seram kot ! *boleh plak pkul 2pagi terdengar mcm bayi nangis, sentap hati. dgr elok elok rupanye kucing bergaduh -________-' suspen tol !
pkul 1 pagi kelaparan gilaa. takde makanan langsung *dah yelaa esk ptg dh gerak balik ganu,so stok mknn takde. *nasib biskut housemates ade . mkn duatiga keping.
Pagi tu start je pper. perut aku perghhhhhhhhhhhhh bunyi kuat gilaa. malu siott. rase mcm orang sebelah dgr kot ! mmg tk tenang sepanjang jwb tuuu. dalam hati dan minda "ahh buat nak siapp cpt.nak kuar dari dewan cpt cpt " dari awal hingga sudah jawab paper perut bunyi kuat gilaa *sampaikan buat tipu tipu belek belek kertas sbb bunyi,. hahahaha. siyess seksa wehh T.T dah laa mari rase nak muntah sbb perut terlampau kosong kot T.T
PENGAJARAN DAN PERINGATAN.
MAKAN DULU SEBELUM EXAM ! JGN JADI MCM AKU. SIYES SEKSA (T.T)
-------
Thanks for the picture and video for KYC, Muhammad and Insyirah. :)
....................................................................................
Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee