Ku coba ungkap tabir iniKisah antara kau dan akuTerpisahkan oleh ruang dan waktuMenyudutkanmu meninggalkanku
KEHILANGAN boleh diklasifikasikan kepada CINTA, HARTA BENDA, INSAN TERSAYANG dan apa sahaja.
*seperti saya dan beberapa bulan yang lalu telah HILANG dari pandangan maya dunia blog ku. HAHAHAHAHHAHA #Tetibe sebab mcm awkward lah pulak lama tak update blog, bila update mcm puitis sedih bagai. HAHA.*
Sebut pasal KEHILANGAN bagi aku, tahun ini byk sgt aku KEHILANGAN. Hilang harta benda (hmmmm pengikat rambut yg always menjadi masalah perempuan ! hilang je kerja dia walau beli berbakul bakul ! hahaha) HILANG, hilang INSAN TERSAYANG pun ada, iaitu kehilangan pak-pak saudara, saudara mara. AL-FATIHAH kepada arwah pak saudara & mak saudaraku.
KEHILANGAN juga tahun ni aku rasa yang buatkan aku MENANGIS &MURUNG untuk beberapa HARI ! serious, tak tipu (sehinggakan roomates aku senyapppp je. sbb dah tahu, bila aku tgh sedih/masalah/stress aku akan senyap. haaa haha)
KEHILANGAN APE??
KEHILANGAN KUCING TERSAYANG. ye, kepada sesiapa yang cakap "alaaah, kucing je punnnnnnnn, tu pun nak sedih, tu pun nak nangis, tu pun nak down..." YE AKU MARAH NI KAT KORANG!. BERANI KORANG CAKAP CAMTU EHH !"
Kehilangan kucing adalah merupakan salah satu benda yang sangat menyedihkan ! kali ini, aku merasa sangat kehilangan si dia (kucing)
AL-KISAH ~
2012,
Si dia datang ke rumah. Kami anggap dia masuk dalam enjin kereta akak yang balik dari KL (mungkin dia naik tengah jalan) Semenjak dari itu, dia menjadi kucing tetap kat rumah kami. Hadirnya tanpa diduga, hadirnya tanpa asal usul dan hadirnya menceriakan hari-hariku.
Kami namakan si dia YATIM bersempena asal usulnya yang tidak diketahui. Dia sangat nakal, manja, comel &masih kecil. Aku masih ingat, tika waktu hadirnya dia, aku masih belajar di PRA-U SMKSS. Si Yatimlah saksi & peneman aku study/buat homework selama dua tahun (2012/2013) Kadang kadang dia menjadi bahan untuk aku bercerita apa yang aku faham selepas study, kadang bila full sgt otak, aku rehat untuk bermain dgn dia. Kadang si Yatim tertidur atas aku, sebelah buku aku. (WAAAA RINDU.)
2012-2017,
Hari bergilir hari. Yatim makin membesar dengan comel, manja. Malam malam kadang2 aku bermain ngan dia kat luar rumah, kadang2 ptg2 aku bermain ngan dia, snap gmbr dia (sbb mata diaa comellll warna biru !) kadang dia menjadi tempat aku luahkan stress dan masalah aku (dan dia mengeow kdg kelip2 mata tgk aku) aku puas ! :') Aku sering bercakap ngan dia.
Selasa,22 Ogos 2017,
Aku terima whatsapp dari my mom. It's about YATIM ! Ohhh maiii, she's died ! without any signed ! my mum told "tgh hari takdi ok molek je.... ptg ni dah...."
TERIMA JE MESEJ tu, aku kebetulan baru balik kerja (sbb masa ni tgh intern) terusss menangisss kottt. masuk toilet nangis, solat nangis (HAHAHA LAWAK TAPI SERIOUS WEH) padahal baru je jumpa weekend lepas. DUA HARI MURUNG, Dua hari gak aku tak online twitter,fb semua haha weekend tu balik rumah terus cari kubuq diaa. :') sedih weh. Terbayang bayang dia, mata, suara dia, tempat2 dia selalu lepak, tidur. hmmmm oh YATIM.
Ya, aku mmg ade kucing lain. Banyak, tak bermakna aku tak sayang. Its about kenangan, masa dan kehappy-an yg dia pernah bagi kat aku.
Hmmm, ok dah ah ! tu jee nak cite. Saja nk post entri pasal YATIM as kenangan and nak coretkan sedikit sebanyak kisah tentang dia. :')
YATIM DALAM KENANGAN, 2012
YATIM DALAM KENANGAN, 2012-2017
So, kpd sesiapa yang sayang kucing. I feel you bilamana kucing korang mati. I feel you. i feel you. and for those who HATE CAT or said "alaaa kucing je pun" WATCH OUT ! DONT YOU EVER SAY THAT IN FRONT OF US, THE CAT LOVERS !
Yatim, 2012-2017
So, korang ada pengalaman rasa sedih korang terhadap kucing korang? ade cerita? ada nak share? kehilangan benda kesayangan korang? boleh je nk tinggal comment kt blog or fb aku........ i'm glad to read it. Or ade cara-cara yang korang buat untuk hilangkan rasa sedih korang or cara-cara yg korang buat untuk ingatkan kesayangan korang cth : buat satu album gmbr kucing kesaynagan korang or etc.... glad to read it. untung2 iolls leh follow ;)