Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan banner pro-pelajar.
Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.
“Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan),” katanya.
Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.
“Saya diberi peluang untuk merayu, tapi buat apa saya nak merayu pada orang sebegini,” katanya lagi.
Dalam prosiding itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau dimaklumkan dalam sesi itu bahawa akibat perbuatannya menurunkan bendera Najib, “satu Malaysia berbalah”.
Beliau juga menyifatkan keputusan terhadapnya tidak menghormati kebebasan akademik dan sangat bias kerana melibatkan juri yang terdiri daripada “orang Umno”.
Panel lapan juri untuk prosiding itu antaranya Prof Datuk Dr Zainal Kling.
“Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar professor.Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester,” katanya.(Malaysiakini)
SUMBER :-
http://mynewshub.my/2012/01/09/adam-adli-digantung-tiga-semester/
No comments:
Post a Comment