-->
My Online Diary


Syazatty

Alydrus


Followers

Perempuan dan keadaan ketika HAID.

Banyak sekali kekeliruan berlaku dalam masyarakat kita hari ini mengenai hukum-hakam dalam Islam sehingga tidak dapat membezakan yang mana satu hukum dan yang mana satu adat atau ibadat. Banyak kekeliruan berlaku disebabkan sikap menerima apa saja yang disampaikan dari mulut ke mulut dan dari generasi ke generasi, tanpa mengambil tahu samada sesuatu hukum itu ada dalil yang sahih.

Dalam bab permasalahan haid wanita juga tidak dapat lari dari berlakunya kekeliruan ini. Banyak kekeliruan juga berlaku disebabkan amalan” Tok Guru” dan ustaz-ustaz yang memberi “fatwa” yang jumud apabila membicarakannya.

Membuang tuala wanita

Pada minggu lepas saya ada terdengar seorang ustaz bercakap dalam salah satu slot agama di TV9 mengenai bagaimana membuang tuala wanita yang sudah terpakai. Tidak sangka jawapan yang diberi adalah sama seperti yang saya dengar 40 tahun yang lalu apabila saya baru mula memakainya ………… kerana 10 tahun kemudian saya mendapat jawapan yang amat berbeza.

Jawapan Ustaz itu adalah ……. perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya kerana Islam amat mengambil berat tentang kebersihan .. …. dan kalau orang lelaki ternampak tuala yang berdarah ini akan menaikkan syahwat sesetengah lelaki ….

Jawapan yang saya terima 10 tahun kemudian ……. tidak perlu dibasuh terlebih dahulu …….cukup sekadar membalutnya dengan kertas atau plastik dan membuangnya di tong sampah …… kerana kalau dibiarkan terdedah ia nampak kotor dan menjijikkan ….

Setelah rasa tidak puashati dengan jawapan Ustaz itu saya pun merayau-rayaulah dalam internet dan terjumpa forum yang bertanya soalan yang sama …….. lihatlah pandangan salah seorang daripada mereka yang bersembang itu di bawah ……

Ini adalah satu mitos:

….darah haid itu perlulah kita basuh sbb itu adlh najis..klw kite x basuh,syaitan akn memakannya dan kte yg akn dpt dosa…drh itu adalh mknn syaitan…darah itu adlh aurat kte…klw kte buang pad tanpa basuh kedalam sanitary tu,klw mak cik yg pungut tu nmpk darah kte,kte yg dpt dosa,…tp,klw dh terbocor tu klw org nmpk,x dosa,tapi sebaik-baiknya cuci la cepat2…islam itu indah,so muslimah pun kena indah…..

Semasa search itu saya juga terjumpa sebuah blog bernama “blog hukum hakam”. Lihatlah apa yg ditulis dalam bab ini.

Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanitayang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita(bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun.”

Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)

(1) Narrated AbuSa’id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): Can we perform ablution out of the well of Buda’ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything. (Book #1, Hadith #0066)

Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu.

Memotong kuku, rambut ketika haid

Lagi satu mitos:

APAKAH benar seseorang yang datang haid tidak boleh potong kuku, gunting rambut dan jika berbuat juga akan dituntut di akhirat kelak?

Ada pendapat yang menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


Jawapannya:

Ada ulamak yang berpendapat hukumnya makruh, seperti Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali).
Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:


لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر

“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Soheh al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab)..

Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal);

“Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;

ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن

“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkatanlah”

(HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Mitos tambahan:

Ada juga pendapat yang mengatakan wajib atau sunat menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya. Ini juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam.


Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Saturday, February 04, 2012

No comments:

Post a Comment


online



website counter widget


Chat with Me :)

Add me Circle


RECENT POST

Move.

Assalamualaikum and veryyy good afternoon everyone. Simple post, just to inform that i have a new blog. after this, semua penulisan dan co...


My Post

  • ►  2018 (17)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (9)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (28)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (42)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (11)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (46)
    • ►  December (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (51)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (164)
    • ►  December (16)
    • ►  November (16)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (13)
    • ►  July (7)
    • ►  June (8)
    • ►  May (10)
    • ►  April (18)
    • ►  March (22)
    • ▼  February (19)
      • Jodoh Itu Milik Kita
      • Azura.
      • heppy besdayy ! ^_^
      • Outing.
      • Hantu Dalam Botol Kicap.
      • Sumpahan KUM KUM
      • Sesuatu yang tertinggal.
      • AD + IZ (
      • Pemimpin tak berjaya bentuk sahsiah isteri, didik ...
      • pabila si mat bangla mula bernyanyi...
      • weekend
      • Personal Taste
      • Terimbau kembali...
      • 7 Hari Mencintaiku
      • 1 Hari bersama SARANG.
      • Vanilla Coklat ( Slot Lestari tv3 )
      • Eppy buffdaaayy budak !
      • Perempuan dan keadaan ketika HAID.
      • Lafazkan Kalimah Cintamu
    • ►  January (22)
  • ►  2011 (152)
    • ►  December (21)
    • ►  November (11)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (26)
    • ►  May (12)
    • ►  April (8)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (9)
  • ►  2010 (234)
    • ►  December (22)
    • ►  November (11)
    • ►  October (15)
    • ►  September (19)
    • ►  August (12)
    • ►  July (14)
    • ►  June (28)
    • ►  May (17)
    • ►  April (23)
    • ►  March (34)
    • ►  February (24)
    • ►  January (15)
  • ►  2009 (155)
    • ►  December (16)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (10)
    • ►  August (5)
    • ►  July (17)
    • ►  June (23)
    • ►  May (17)
    • ►  April (15)
    • ►  March (11)
    • ►  February (12)
    • ►  January (7)
  • ►  2008 (73)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (6)
    • ►  August (13)
    • ►  July (15)
    • ►  June (8)
Degree
Finished Intern
Finish Degree
Grad
Work
Travel
DSLR/Nikon
Kahwin :D

Korean's Drama



1. Full House
2. Love Story In Harvard
3. Boys Over Flowers
4. Playfull Kiss
5. My Girlfriend is a Gumiho
6. Autumn In My Heart

7. My Personal Taste
8. Winter Sonata

Heartstrings

9. HeartStrings

10. My Princess

11. Dream High

12. The Heirs
13. Emergency Couple
14. Secret Garden

15. Decendent Of The Sun

16. Doctor Strangers

17. Doctors

18. Legend of The Blue Sea

19. Goblin

20.Marriage without dating
21. Go Back Couple

22. My Love From Another Star

23. Its Okay, That's Love









Follow @syazatty04



CORETAN HIDUP

Blogger's

  • Blog by Ana Suhana
    1 day ago
  • !~Bidadari Superb~!
    11 months ago
  • .: Janji Kita :.
    1 year ago
  • Nisa Kay
    3 years ago
  • LYSSA FAIZUREEN
    5 years ago
  • Irine Nadia
    5 years ago
  • Catatan Seorang Syed
    5 years ago
  • Alif Asyraf
    6 years ago
  • Lyana Wn Rahimi
    6 years ago
  • SA-VIORS
    7 years ago
  • Hey, Seha is here!
    7 years ago
  • S.K.
    8 years ago
  • Bernafas Dalam Ego
    8 years ago
  • aku introvet
    10 years ago
  • KuahDalca
    11 years ago
  • A I Z A T
    11 years ago
  • Diari Anak Ikan (>.@)
    11 years ago
  • BuLAt.iTU.CircLE
    12 years ago
  • ✿ Dinie SD =) ✿
    12 years ago
  • SyedGraphiX | A Journey to be Awesome! |
    12 years ago
  • Pagi Hari di Durham
    12 years ago
  • EzieyMustaffa
    13 years ago
  • ini kesaah aku lha .fakhrul. ;)
    13 years ago
  • Suck but Like
    13 years ago
  • aLwatary Blog -antusufi
    13 years ago
  • Ngekeks
    14 years ago
  • Naziera

...

  • Its Mine :)
    7 years ago
  • Syed Esyad
    12 years ago
  • Steady's Blog
    13 years ago

SMK DARINS

  • Noor Anifa
    8 years ago
  • LoVe iN tHe HoUsE
    9 years ago
  • Farisk
    11 years ago
  • Kryptonite ∞
    12 years ago
  • Siti Nadia
    12 years ago
  • Nur Shira
    12 years ago
  • "my BLog mY liFe"
    12 years ago
  • At the foot of a Giant
    13 years ago

SULAIMANIS

  • IF Eiffel STORRY
    12 years ago
  • Suatu Ketika,Sejarah Dahulu Kala
    14 years ago
  • Apul Yo
    15 years ago

Come Again, Thank you. Datang lagi,Terima Kasih :)

Daisypath Friendship tickers

CopyRight 2008-Current All right reserved by SYAZATTY ALYDRUS