Assalamualaikum semua , apa khabar ? hooho . hari ni aku "STUDY" habis habisan . urkk. study ape ? bukan study buku pelajaran like bio, fzik and so on , but study NOVEL.
Kali ni bukan novel cintan cintun . eh , silapp . mmg kali ni novel cintan cintun pun , tapi bukanlah cinta PEREMPUAN terhadap LELAKI or LELAKI terhadap PEREMPUAN . kali ni novel berkisarkan tentang ISLAMIK.
PUTERA MULTAZAM tajuk dia hasil karya IBNU RIZAL . Baca sinopsis kat belakang tu , mcm TAK BEST je kan.tapi aku tetap nakk baca, so pagi tady aku start baca . and bilaa baca first tu , dah FALLEN IN LOVE dgn jalan cerita tu . seriously ! storyy dye BEST ! :D byk memberi info baru kepada aku.
Yelah , aku tau , skrg ni org dh tak sukaa baca buku ala-ala islamik ni, even NOVEL CINTA tu mmg rmai yg duk gilaaa baca , tpi sebut je NOVEL Berunsur ISLAMIK, msti rmai yg mcm "uhh, tak best..." aku pun begitu sbnarnye :D aku lebih sukakan novel cinta cinta romantik dari novel berunsurkan agama cam ni. aku mengaku.
Tapi terdetik kat hati aku , apa salah try kan . bukan mknanya sebelum ni aku tak pernah baca NOVEL islamik mcm ni, aku pernah KETIKA CINTA BERTASBIH , AYAT AYAT CINTA. aku baca. :)
Aku suka novel PUTERA MULTAZAM ni. menyentuh hati , and aku rasakan WAAH bestnye andaikan SEMUA LELAKI mcm MULTAZAM. :') entah , aku tak pandai nak mengolah apa yang aku rasa bila baca stori ni.
dalam novel ni , aku suka BAB10 (ms 131) mase ni , MULTAZAM menceritakan apa beza ORANG MUNAFIK dan KAFIR , korang nak tahu , ORANG MUNAFIK akan mendapat lebih azab berbanding orang KAFIR.
Bab15 menarik gak "KEMANA WANG ZAKATMENGHILANG" (ms 183)
SINOPSIS PUTERA MULTAZAM.
Multazam, seorang pemuda yang pulang ke kampung Muara Panjang setelah 20 tahun berkelana di bumi orang, bagi menuntut ilmu. Kepulangannya itu bersama sebuah kisah pengorbanan yang agung, dan di sebalik namanya itu tersirat sebuah cerita yang hiba.
Perjuangan pemuda ini untuk membawa perubahan di Muara Panjang yang telah lama usang dan gersang dari syiar dan sinar, tak henti-henti berhujankan halangan dan fitnah dari hati-hati yang khianat. Adakah Multazam akan berjaya dalam perjuangannya itu? Dan apakah kisah duka di sebalik kepulangannya dan apakah yang ada di sebalik makna nama Multazam itu?
Ending story ni pun best , emang sedihh :')
Kalau nak tahu kesudahan cerita ni , KENALAH baca kan ? :D , so SELAMAT MEMBACA :D
No comments:
Post a Comment