16 Mei , tarikh semua orang tahu. Hari untuk meraikan atau menghargai seorang insan yang sangat bermakna dan berbakti kpd kita,semua orang. Tanpa INSAN ini, siapalah kita untuk menggapai pangkat,kerjaya dan kejayaan serta kekayaan.
GURU. CIKGU. USTAZAH . USTAZ. TEACHER. SIR. MUALLIM. atau ape sahaja gelaran, dialah insan yang dimaksudkan.
Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan Sebagai ibubapaku
Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
SHOUTUL AMAL - GURUKU.
Tu lirik lagu nasyid salah satu aku suka.
Liriknya, jika dihayati, jika diteliti sungguh mendalam maksudnya, khas untuk GURU.
Guru, dari kita tidak mengenal apa itu A apa itu B apa selepas F apa selepas U. Apa itu Rumah, apa itu Ular , Ape itu Present tense . ape itu awan, kenapa hujan berlaku. ape itu sejarah , siapa tokoh, siapa pengasas. APA ITU KEHIDUPAN . APA ITU KEJAYAAN . APA ITU ISLAM . APA ITU MATEMATIK APA ITU BAHASA MELAYU APA ITU BAHASA ARAB APA ITU GEOGRAFI APA ITU A+B= C . Kalau nak disebutkan , banyak nye ape yang guru MENGENALKAN atau menjawab soalan soalan diatas.
* Tapi yelah, bagi 16 Mei ni, orang lebih spesifikasikan HARI GURU itu hanya pada seorang yang memegang jawatan di sekolah *pengajar* dakpe je gtuu, tu RASMI. tak salah pon :)
* APEEEE YANG AKU MENGARUTTT NIII . HAHAHAHAHA. MAAFKAN. CUBA NAK TULIS ENTRI BLOG ALA ALA SERIOUS, ALA ALA MATANG . ALA ALA BLOGGERS LAIN . TAPI, MCM BERBOLOKKK WOKKK JE. HAHAA. MAAFKAN.
JaDi aku taknak panjang panjang.
SELAMAT HARI GURU BUAT GURU YANG PERNAH MENGAJAR, MENDIDIK AKU :
P. Al Mawaddah ( 1999-2000 )
SK Seri Nilam ( 2001-2006 )
SMK Dato' Razali Ismail ( 2007-2011 )
SMK Sultan Sulaiman (2012 - 2013 )
Pusat Tuisyen Razak ( 2009 )
Pusat Tuisyen City ( 2011 )
Guru Guru KEM yg pernah aku join
Ibu Bapa ,
Kawan kawan.
*tak lupa kpd kakak aku and sis in law aku, juga seorang GURU. :)
Syukron atas semua ilmu / ajaran / pengajaran yg dicurahkan kpd aku :)
pssssssttt :- Hehe, satu yang aku banggakan dgn diri aku, cg yang pernah ajar aku CINA pernah , INDIA pernah, Melayu mmg laa kan , Omputih pon ade. hehehehehehehehee. tu je . key :P
# Sempat jugak pergi Sekolah aku semalam, sambutan hari guru. Alhamdulillah, sempat pergi SMKDRI & SMKSS . *Kalau rajin, next entry aku tulis laa psl ni. kalau malas, tak lah. HAHA.
No comments:
Post a Comment