-->
My Online Diary


Syazatty

Alydrus


Followers

A SFRNFZL Giveaway


Assalamualaikum and hi,
Wah, dua tiga hari ni memang mood berblogging membuak-buak-buak and mood nak join giveaway pun sgt membuak-buak-buak. HAHAHA, so here, again. My second join giveaway for this new year (2018) ! Yeayyyyy. cepat cepat, siapa lagi ade buat giveaway nak join ni. menarik jugak bile ade bloggers yg buat giveaway ni ! :) selain dpt test our lucky, we also can increase the level of friendship among the bloggers. weh serious ! :) mood nak active ber-blogging makin membuak buak jugak ni . after this nak ber-blogwalking and ber-blog follow mollow nih, cari kenalan baru. hehe

So, for my second nih, i have joined a giveaway by  SFRNFZL. Giveaway kali ni dia ade buat dua tau, satu untuk BLOG, satu untuk TWITTER. so, zaty dah join yg blog punye giveaway lah ! :) kepada yang nak join jugak boleh, nak join for twitter pun boleh. Korang leh ushaa dia punya blog/entri ehh (click sini) hehe



 Backlink : A SFRNFZL Giveaway


Saya suka berblogging kerana..... Pertama nya, i love to write. Yeah, i love to write but bukanlah untuk menulis sesuatu yg berpuitis, yg khayalan, mcm tulis novel ke cerpen ke ape ke. I mmg takde bakat for that things, so dengan adenye blog ni, at least i can write whatever i like, whenever i want, however it is. Bebas, bebas nak share something, bebas nak tell something, bebas nak give opinion (but make sure tak sentuh isu sensitif or isu yg berat berat laa sbb takde fakta betul, takleh cerita2 kangg fitnah, kang dosee ) So, by having this blog, yeah, as you can see, its like my own diary, my personal thoughts and stories about my surroundings. (Haha, k rase mcm dah ulang ayat sama meaning) 

Selain tu jugak, i love berblogging sebab boleh baca orang lain punye kisah. Kadang dengan baca kisah orang lain, kita leh rasa syukur dengan hidup kita, kadang rasa mcm bagi motivasi kat kita, mcm mcmlah sbb lain org, lain kisah yer dakkkk? hehe. By having conversations, comments bloggers lain, leh tambah2 kenalan maya. i used to have many "maya friends" long time ago *zmn chatting kan* mcm dalam friendster semua, tapi lama kelamaan i rasa yg kenalan dlm facebook friendster mcm fake sbb kita tak tahu kisah dia. but with bloggers yg suka share their life, we can feel that the person near us, we feel what they feel haa gittu ! :)

So, as conclusion, i ni suka bercakap, nak bercakap depan depan ngan orang tak kenai mana segan, so by having this blog, i can interact, share and melalut ape yg i nak melalut. hahahahhaha.

So, that's my Saya suka berblogging kerana........ korang ade idea and nak join this giveaway? sure ! join reramai, kat bawah ni iolls ade sediakan syarat2 penyertaan ;)



SYARAT-SYARAT PENYERTAaN - untuk blog lah

1. Warganegara MALAYSIA sahaja.
2. Mesti ada blog sendiri (strictly no giveaway blog, promotion blog, art blog)
3. Follow blog ini.
4. Buat satu entri baru :-

a) Tajuk : A SFRNFZL Giveaway
b) Letak gambar diatas.
c) Backlink ke entri ini.
d) Sambung ayat ini : saya suka berblogging kerana...... (tak kisah panjang atau pendek)


Ini contoh peryertaan, kot ada yang tak berapa faham caranya : Klik


5. Tinggalkan komen :
a) Link penyertaan
b) Email




PEMBAHAGIAN HADIAH :


BLOG
1st Prize : 1x Tudung Bawal
                 1x Niss Perfume
                 1x Keychain Padang Besar
                 1x Polaroid Pilihan


2nd Prize : 1x Beg Kecil Padang Besar
                  1x Keychain Padang Besar
                  1x Polaroid Pilihan


3rd Prize : 1x Fridge Magnet Padang Besar
                  1x Polaroid Pilihan


Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Wednesday, February 28, 2018 3 Comments

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Assalamualaikum and hi, selamat tengah hari (ehh dh tiga petang, so selamat petang kot? haha) dah lama rasanya tak join any GIVEAWAY sbb buzy, and maybe sebab byk join, jrg tak bertuah kot hahahahaha. kiddin ;) satu lagi, bulan MAC merupakan my birthday, so, daripada tak dpt ape ape, kot kot join this giveaway and bertuahh, boleh lah terasa "special ade org bagi hadiah birthday" kan? ahhahahahahha aduihh, sedih tol. hahahahha

So, tujuan entri kali ni adalah...... of course dah tgk tajuk entri dh tau kan? hehehe. Zaty joined a giveaway by one of my fav bloggers (selalu jugak baca blog dia sbb seriously, suka tgk dia travel, pi jenjalan semuaaa. Bertuahnye ! :) ). Entri kali ni.... TRAVEL TOTEBAG BY ANA SUHANA.

Backlink : Travel Totebag by Ana Suhana


Haa, kalau korang nak join sama pun boleh....

SYARAT SYARAT DIA? 

1. Firstly, must follow her blog which is anasuhana.com
2. Then follow jugak IG Ana Suhana ( click sini )
3. Of coz, buat an entry about this giveaway by letak tajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, Upload banner kat atas (mcm saya dh buat) and backlink ke entri ni (kat entri Ana Suhana punye Giveaway entri *click sini*)
4. JANGAN lupa tinggalkan url di bahagian komen entri tu ek ;)

"Good Luck and all the best to all"-Ana Suhana

Nak tahuuu hadiahnya ape??? jeng...jeng...jeng... (suspenn haha)

5 Orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik didalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.


Wehhh totebag kot ! i likee totebag. Dah lah yg travel (alaa tak pernah ber-travel ke luar negara kan, dpt totebag dari sana je pun best ape. buat koleksi ! wahhhh. eksited.)

So, selamat mencuba dan terima kasih sudi baca entri kali ni.... :) Thank you Ana Suhana for this giveaway ! :)
Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Tuesday, February 27, 2018 10 Comments

Sebelum, Diawal, Diakhir & Semasa

Sebelum, diawal & semasa? ape tu? HAha, sebenarnye takde ape pun, saje tajuk kasi suspen sikit. Actually kalau korang pembaca or pengikut setia my blog (KALAU lah kan KALAU ade hahaha) korang akan ade baca my previous entry pasal my practical training during my degree (last semester). Betul tak? kalau takde....so maknenye korang bukanlah pengikut setia my blog lah kan? (ahahahhaha acah betul aku. gurau je k. jgn ngajuk lak, iolss tak pandai lah nak pujuk2 orang bagai ni. Susah tau. hahaha)

So, tujuan entri kali ni, seperti yang dijanjikan di entri Library Sciences Industrial Training (korang boleh click kat sebelah tu kalau nk baca entri tu.) & juga di whatsapp2, facebook comments my juniors about "apee je perlu buat?" "boleh tak sir tak suruh lagi, tapi kita dh call organisasi tu?" "nnti call cakap ape je?" and mcm mcm jenis soalan lagi yang diutarakan. Hehe. takpe, jgn malu malu, jangan segan segan, kerana malu itu perisai orang berimann *sambil nyanyi lagu Ana rafali hehe*

(Ini yang aku lalui lah. My faculty, my lecturers. So, kalau ade yg lain dengan awk awk semua. Maaflah. I'm just sharing ape yg aku dh lalui ehh)


*btw wahai adik2 ku tercinta. Iffah, tehah, jihah, hajar, ain & semua lah maaf tak termention takpekan kzaty bahasakan dengan aku? hahahaha bile ade perkataan aku tu, pepandailah korang baca as "KZATY" daripada "AKU" ok? hahhaha*

SEBELUM BERMULA SEMESTER TERAKHIR (one semester before practical)

Bermulalah perasaan berdebar korang, dah stress fikir kat mane nak intern, diaorang approve ke tak? macamana keadaan praktikal nanti? (ditambah dengan stress korang pada FYP, projek2, exam, test,quiz, presentation korang di semester akhir tu haha tapi seriously, you guys bakal merindui semua tu serious wehhh ahhhaa)

Ok, actually, sebelum bermula semester baru korang ni, iaitu semester 6, korang sebenarnye dah boleh start fikir tempat kat mana korang nak apply. at least dalam senarai ade 2 main pilihan & beberapa lagi as back up (in case organisasi dua tu taknak terima korang) sbb nanti kita akan bagi dua organisasi kepada sir yg handle LI kita (duulu aku Sir Faizal) and korang dh boleh start call organisasi tu. (tapi aku tak call pun seawal tu. Tunggu lepas taklimat pertama LI dari sir faizal, sir suh call baru call. Almaklumlah ku ketandusan tempat pertanyaan. yelah, first time kat rembau, first batch yg keluar praktikal dari UITM REMBAU nii... dengan sir faizal yg bukan dari puncak so ramai kami fikir kot kot proses dia lain kan haha) Tapi sebenarnye korang dh boleh start call. Sebab kot kot organisasi korang tu terus nak terima korang, dh takyah susah2 fikir.

Tapi dulu dua dua organisasi yang aku call tu, dua dua suh just hantar je dulu resume kat diaorang. Terima tak terima nanti dia royak.

1) Buat Academic Resume. Haa, akademic Resume ni bakal korang hantar ke organisasi tu. Academic Resume ni sebenarnye more towards your academic background and achievement. Bukan mcm resume korang nak cari kerja tu. Tu terlampau details. Resume aku haritu just masuk details pasal diri sendiri, results dari UPSR-STPM plust result SETIAP SEMESTER FOR SETIAP SUBJECT ZAMAN DEGREE KORANG (Sem1-sem5)  siap Current CGPA lah. haaa, dpt gambaran tak? (takpun mintak je contoh kat senior2 korang)

2) Call organisasi. Ade jugak yang tanya aku bile call nk tanye ape je? So here's some of the questions and benda yg kau kene cakap.

a) Introduce yourself, name, students course ape, Universiti mana
b) Tujuan call : nak tanya whether __(nama organisasi ni)__ terima or tak pelajar praktikal.

IF YES

c) Tanya dengan sapa perlu awk berhubung (full name dia, jawatan, no telefon) ?
d) Pastu call lah orang tu kalau dia suruh kan. Call, tanya sebarang surat yg bakal awk semua hantar nanti (mcm borang request terima student praktikal lah, resume segala bagai) nak hantar by what? Email? surat? fax? or ape ape jelah.
e) Pastu tanya lah juga (kalau korang ade geng nk praktikal sesama) berapa biasa organisasi terima student praktikal takpun tanya, kalau duatigaorang , terima tak? haa, atas awklah tu ye. ;)


DIAWAL TAKLIMAT LI

Ok, nanti akana ade beberapa siri taklimat LI awk. Siri pertama just mcm bagi brief ape tu LI, peraturan2, syarat cuti, steps nak apply tempat LI,ape awk perlu buat semua tu. and bermula lepas tulah segala steps kat atas aakan berlaku (bagi yg tak buat lagi lah.)

Korang akan diberi satu borang untuk isi, dua tempat organisasi korang tu haaa. Time tulah korang kene isi & kepilkan dengan resume then send it to your lecturer in charge for LI (mcm aku sir Faizal lah) Then lecturer yg akan send semua surat tu. Pastu korang tunggu jee dalam group whatsapp update dari sir sapa yg organisasi dah konfirm terima ! :)

Haaaa, part ni mmg nervous. tapi aku tak merasa nerves ni sgt because aku diantara 4 students terawal yg sir mentioned dalam group whatsapp yg organisasi kami dah terima kami ber-LI kat organisasi tu ! walawehhh syukur. takyah stress2 fikir. (mungkin faktor batch aku just 3 org org ganu hehe) Tapi tulah, serious kesian kat kawan2. Ada yg sampai tahap dah nak habis semester dah jawapan still tak terima. Ade jugak mcm mcm karenah, suruh datang Interview lah (ni company besar2 ni ) ade yg person in charge tu cuti lah, ape lah so ade yg kena reject lah semua bagai. WEH INGAT TAK STRESS KE FIKIR WEH TAK APPROVE LAGI. kalau in case korang jadi camtu gak, dua dua organisasi reject or tak bgi jawapan maka siap sedialah untuk diri anda dilelong dimana mana organisasi pilihan lecturer korang (ade jugak sir bg kelonggaran untuk kita pilih tempat tu as pilihan ketiga.) korang kena doalah moga korang organisasi dengan mudahnya menerima korang. Takpun, kalau takde updates dari organisasi, korang kene call balik diaorang bagitau dah hantar, and terima tak? ade kes, dia dah hantar tapi email/surat tak sampai pun. Haaa, tu kene double check land slow talk lah.


DIAKHIR TAKLIMAT LI

Haaa, masa diakhir ni, semua borang2 kau dah ready, surat lapor diri dah ade, tempat dh approve semua bagai and tunggu masa your first day je. Kalau settle awal benda ni, then you can focus your whole semester for your exam, test, quiz, assignemnt. Masa ni dah start nerves fikir your first day (tapi time aku tak sempat fikir mane sbb SERIOUSLY BUZY WITH YOUR LAST SEMESTER PROJECT, EVENTS, ASSIGNMENTS WEH NAK NANGIS TIDUR SEJAM JE, SAHUR KAT MEDAN, NASI BASI TAK TERSEMPAT NAK MAKAN, BERBUKA PUASA DENGAN AIR JE SBB LAUK DAH HABIS SEMUA AKU RASA KOTTTT TIME LAST SEMESTER TU WAAA. HAHAHA DRAMA SIKIT.

Hahaha, lek lek sis semua, jgn cuak jgn berdebar. korang akan melalui semua tu but YOU GONNA MISS THAT SERIOUS EHH ! haha. sekarang ni aku duk terpikir "boleh jugak eh aku survive dgn semua tu and rasa lawakk kottt hahah"

MAKE SURE MASA KAU CUTI SEMESTER  (cuti semester yg part 6 nak masuk part 7 (LI) tu, korang survey lah tempat korang intern, bukak website, hafal sikit muka ketua2, nama2, ceduk ilmu sikit. Baca biar tau brief about your organization. Ape je services ditawarkan, bahan2 ape, aktiviti, bukak segala mak nenek FB TWITTER BLOG WEBSITE PORTAL yg organisasi tu ade.

pastu cari jugak format2 REPORT HARD COVER yang bakal korang buat tu. mintak ngan sir, ngan senior,ngan kawan2. MAKE SURE ADE AS GUIDELINE korang perlu ape untuk diisi report hardcover tu. nanti kan ade elements tertinggal ! naye engkauu. haah

SEMASA LI (first day)

First day MAKE SURE DATANG AWAL SETENGAH JAM ! hahahaha aku dulu ngan one of my friends siap silap masuk office lagi ! hahahahah. bangunan betul dah, tapi tak tahukan tu unit lain, bukan organisasi aku praktikal. Label plak tulis "TEKNOLOGI MAKLUMAT" So mcm matching ngan faculty kami, and mathcing dengan organisasi kami tu ahhaha. nasib datang awal & tanya dulu staff situ tanpa diketahui ramai yg kami tersilap. HAHAA. 

Pastu make sure bawak segala mak nenek yang perlu diabawa (resume, borang akuan pelajar, surat penerimaan, etc)

Okey, first day korang pi jumpe dulu staff yg korang duk contact tu. Jumpa dia, dia akan brief kat korang la the whole organisasi, kerja2, sepanjang kau praktikal, bagi jadual ke . haa, time ni koarng kene lah bukak mulut tanya about your SPECIAL PROJECT. ada organisasi yg dia akan tentukan your project, ade yg kau sendiri kena fikir & buat, ade yg mcm mcm ade laah ! hahahaa but for my organization, dia dah mention awal2 dia akan bagi BANYAAK PROJEK (means dia akan bagi lah projek tu) but yelah, aku ni jenis kalut and nerves lelebih so the whole masa aku praktikal tu still aku analyzed, aku tgk keadaan and cari idea untuk special project tu. (sbb aku fikir and bayang tetibe organisasi cakap "awk kene fikir sendiri projek tu" takpun tetibe boss ckp "ok, ape special projek yg awk nak buat?" haa kan takde idea. So, aku asyik stress fikir bende ni sbb aku bukan ade idea pun and finally, mujur dia bagi sungguh projek tu ! hahaha.

__________

Ok, tu jelah perkongsian aku berkenaan your practical ! :) hahaha. tak cukup? alaah, mcm tak biasa PM kan? hahahah. takpun bagi lah idea kat aku ape aku share lagi pasal intern ke ape ke kat blog ni. ade masa (mmg lebih2 masa ni cume malas rajin je nak type hahahha) aku tulis and share hehe.

OH YA ! pasal SPECIAL PROJECT kan?

Aku dulu mmg diaorang bagi mcm mcm projek la. Sebenarnye at the early of our practical, kkami silap faham pasal "PROJEK" ni. ramai yg sangka kan projek ni PERLU BESAR, BUAT EVENT, padahal bukan weh bukan ! projek ni tak kisah sebenarnye. Asal bagi impact, dapat improve your organisasi. Contoh kau nak bagi idea untuk make sure pekerja on time, kau ade jjalan penyelesaian, haaa boleh je, pastu kene lah ttanye pendapat your bos, ok ke tak? kalau dia approve, perlu buat betul2 ke or just proposal? haa gittu.

Special projek aku siap buat 2 lagi weh. Sebenarnye 1 je. But mcm dua projek yg buat tu mcm best and rasa KEPERITAN DIA so rugilah kalau tak jadikan as special projek kan? (haa, yg ni kene tanya supervisoor lecturer koranglah takpe tak buat dua or lebih. Aku sir Azmi benarkan so buatlah hehe)

My special Projects were......... 

1) Planning Design PSS Sekolah kat Hulu Terengganu. Haa, yg ni walau berat. but eksited weh buat. Sbb subjek planning and design ni baruu je belajar semester lepas yg sebabkan taktidur malam, bersahur kat medan, semua bagai tu hahaha. Untuk projek ni, kena reka design yang berkonsepkan cikgu2 tu nak, kene tgk dari segi lighting, susun atur, bahan2, keluasan. So, after siap design gune software design semua, kami perlu buat proposal, kira bajet smua lah. before that, pergi kat sekolah tu sendiri (dekat 2 jam perjalanan dari organisasi kami) ukur PSS tu, tgk keadaan betul & present depan cikgu2 and TOP Management organisasi aku. WEH SAPE TAK CUAK WEH WALAU EKSITED ! AHAHHA. (yg bangganya, cikgu2 semua tu siap nak ajak kami berdua buat design tu and susun atur design pss diaorang tapi malangnye waktu proses design PSS tu, kami berdua dah habis intern (2018) BAYANGKAN psss tu baru, kosonggg lagi so korang kene design BEST WO ! haaha. sayangnye terlepas peluang nak merasai detik2 tu :(

2) Buat ONLINE QUIZ untuk meningkatkan tahap penggunaan online database. Haaa, yg ni sgt sgt sgt sgt mencabar walaupun sgt sgt best and eksited ! the whole proces enjoy je. Kami kena buat dari A-Z lah. dari segi analyzed database terendah, reka soalan2 berdasar database (yg ni berpinar mata terpaksa baca bykkk article, ceduk soalan, cari jawapan,sediakan skema ) pastu design poster, iklankan, tampal sana sini, post dlm media sosial, face-to-face dgn students untuk join quiz. Handle hadiah2, call supplier, rancang hari pembahagiaan hadiah semua. Tapi enjoy buat. Cume yg stress nye, sepanjang masa quiz tu, adalah musim pertengahan semester so students buzy with assignments, test ramai tak layannn dgn quiz ni (kami tau bende ni sbb kami merasaai, time tgh semeter mmg tak laa nk layan benda2 cmtu ahhahaha tapi dh bos decide camtu kami kenalah ikut) tapi alhamdulillah, berkat usaha, keperitan kami, semua ok & after the quiz, tgk statistik penggunaan meningkat weh ! dari 1000 penggunaan sampai 5000 lebih! hahahah eksited boh ! :)

Ha, tulah serba sedikit ! jgn takut pulak. sebenarnye takde benda pun. Awal awal je korang akan stress, akhir kekgi enjoy weh ! ade masa korang just rilek2 je kat office tu. tak stress pun praktikal ni (kalau nasib baik mcm aku lah haha)

OK! otak dah tepu, jari dah letih menaip, so wait for my next entry keh ! (acah diva sikit) ahaha byebye ! :)

( Ahad, 18 Febuari 2018 : 11.22pm)





Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Tuesday, February 20, 2018 0 Comments

Bukan Gadis Biasa #ProjekBukuRemaja

#ProjekBukuRemaja
#BukuKeenam




Tajuk/ Title : Bukan Gadis Biasa
Mukasurat/ Pages : 195
Tahun Terbit/ Year Published : 2014
Pengarang/ Author : Farhiya
Penerbit/ Publisher : JSAdiwarna
Harga/Price : RM 17 (Sem.Malaysia) & RM19 (Sabah/Sarawak)

Mengisahkan seorang gadis, Hanah Taqwa yang cuba untuk merubah dirinya menjadi seorang muslimah yang solehah. Berkat istiqomah dan nekadnya, Hanah berjaya mengubah dirinya menjadi lebih baik dari sebelum ini. Namanya seperti melambangkan dirinya seorang yang sangat kuat dan tabah walaupun pelbagai ujian dan dugaan dalam "Henshin" ataupun dalam berhijrah. Kehidupannya yang serba serbi lengkap cuba untuk dilengkapinya dengan syariat islam. Tetapi, orang cakap kalau nak berubah kearah kebaikan ni, mmg kuat ujian & dugaan yang ALLAH bagi. Bukan sebab saja-saja tetapi sekadar mahu menguji kekuatan & azam kita tu. Kadang, dengan ujian lah ade org give up terus tak jadi nak berubah. Tu semua SYAITAN sebenarnya. Hanah Taqwa tak lari dari kesilapan, satu ujian yg membuatkan dirinya makin rapuh.... Nak tahu? haa, kene laa try bacaaa ~ *suspen takk? haha*

Ape yang saya suka tentang buku ni?

Bila baca buku ni, aku sedar ramai lagi diluar sana yang seperti saya, seperti kita. Yang nak berubah, tapi diuji, yang nak berubah tapi dikecam, dipandang hina. Ya. Aku akui semua tu. Kadang, org bertudung labuh ni, ramai orang pandang serong "alaa tuudung je labuh, tapi perangai...tergedik dgn lelaki...tulang rusuk laa, asyik ckp sal jodoh laa" "alaa tudung labuh, tapi perangaiiiii..." Ya, ade betul dan ade salah. Mmg tak nafi aku jumpa orang mcm tu. Tapi, kenapa kita salahkan dia BERTUDUNG LABUH dgn perangai dia? TAKYAH KATA2 LAAAA KAT DIA. dia pakai tudung labuh, tutup aurat. Haa, ikut jelaaa dia dari segi tu. dari segi dia suka mengata ke tergedik2 ke, kau takyah ikut. Kau doa laa haarap dia berubah,sedar. tak ke elok camtu? ape yg baik dari dia, kita ambil. Ape yg buruk dari dia, kita jadi kan pengajaran & guideline kita. TAKYAH AWK SEMUA JADIKAN TU SEBAGAI ALASAN AWK TAKNAK JADI MCM DIA. Mainan syaitannn je tu weh ! konon "aku tak pakai tudung, tapi at least aku tak mengutuk belakang2..." weh awk sedar tak tu syaitann sebenarnyeeee. (hahaha ostajah dah aku ! ahhaha)

TAPI, UNTUK YANG BERTUTUP2 NI PUN ADA HAL NYA JUGAK. Kalau nampak orang lain pakai tak tutup mcm awk, nak tegur, tegur elok2. kalau taknak tegur pun...TAKYAH LAH TENGOK/PANDANG ORANG MCM AWK TU MALAIKAT. haaa, tu lah salah satu sebab utama orang tak suka dengan muslimah2 tudung labuh, tutup ni.

Salah ke kalau kita sama sama give and take. Dia elok, kita ikut. dia tak elok? kita doakan. Kita elok dia tak elok, kita doakan. takdelah isu ni asyik aku terbacaaa kat tweet2 kat fb kat semuaa. haihh. AKhir zaman mcm tulah.

Selain tu, buku ni buatkan aku rasa kerdil dengan watak Hanah Taqwa ni. Sungguh kuat & istiqomah. Aku yakin mmg ade orang mcm ni kat dunia ni & jauhhhhhhhhh nya diri dia dengan aku. hmmm.

Ok, taknak lah panjang2, just nak buat review pengajaran & nilai yang sy dapat melalui pembacaan buku ni. Chill eh ? haha.

Sumber: Google


1) Iman itu berbolak balik, kadang kita diuji, kita rebah. Ape yg dpt saya rasakan kat sini, kita perlulah sentiasa percaya pada qada' dan qadr Allah & terus melangkah dengan kuat kalau kita yakin, tu menuju ke jalan yg diredhoi Allah, insyallah, Allah akan bantu.

2) Hubungan kekeluargaan yang akrab dan bahagia itu perlu ada dalam seseubah institusi kekeluargaan dalam melahirkan keluarga yang Sakinah, yang harmoni. Perlu ada sesi luahan perasaan, parents perlu fahami ank2. Anak2 perlu hormati parents. Adik-beradik, bergurau tanda mesra, tak semestinya bergaduh tanda tak sayang. ada kala bergaduh tu mengeratkan. Kena pandai menilai sebenarnya nilai kekeluargaan adalah segalanya. Baik waktu kita keluarga dan kawan ada. Tapi, susah waktu kita kawan tak semestinya ada dengan kita ;)

3) Menerima kelebihan dan kekurangan seseorang baik dari segi kekeluargaan, persahabatan & juga pasangan. Itulah sebenar nilai yang dpt mengeratkan hubugnan kita. jgn duk terima kelebihhan je, bila nampak kekurangan, keburukan, terus buang. terus marah, terus benci. NO ! tak elok. cuba terima kekurangan, nama pun dlm sesebuah hubungan, saling melengkapi. tak gittu.

Macam lirik one of my fav song *lagu zaman lyn ngan bestfriend dulu* Ku terima kau apa adanya by Potret Band

"Ku terima kekuranganmu, kusyukuri kelebihanmu kerna ku memang sayang kamuuu

Jangan masa sayang2 bercinta je duk tuju lirik lagu camtu, ehh bila dah kahwin, lain jadinya ! ish.

Ok, dah lah ! mcm bagi ceramah dalam kursus kahwin plak ! takpun bg motivasi cinta dari Doktor Cinta je, padahal nak review buku Bukan Gadis Biasa je ! hahaha

ni just pendapat/pandangan saya je. MAAF andai tersilap kata, terkasar bahasa ! :)
chill.

See ya in my next entry ! :)

PREVIOUS BOOK/ BUKU SEBELUM : Dorm Puteri Banafsaji
NEXT BOOK/ BUKU SETERUSNYA : Jah & Od Soulmate Selamanya





Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Monday, February 19, 2018 0 Comments

Dorm Puteri Binafsaji #ProjekBukuRemaja

#ProjekBukuRemaja
#BukuKelima


Photo by : Syed Steady

Tajuk/ Title : Dorm Puteri Banafsaji
Mukasurat/ Pages : 442
Tahun Terbit/ Year Published : 2012
Pengarang/ Author : Azraq
Penerbit/ Publisher : JSAdiwarna
Harga/Price : RM 21 (Sem.Malaysia) & RM 23 (Sabah/Sarawak)

Dorm Puteri Banafsaji mengisahkan perjalanan hidup seorang  Azratul Firdaus dan rakan-rakanya. Berkisarkan tentang kehidupan pelajar-pelajar sekolah yang sangat aktif, cintakan ilmu dan agama. Cerita ini menekankan nilai persahabatan yang sangat akrab, utuh dan saling membantu dalam mengharungi liku-liku kehidupan seorang pelajar di asrama.

Az, ataupun Azratul Firdaus sangat bertuah dikelilingi rakan-rakan yang sangat memahami, setia dikala susah senang dan sentiasa saling nasihat menasihati dan saling tegur menegur dalam kesilapan. Penulis juga turut menekankan nilai-nilai keislaman yang diterapkan seperti contoh hubungan sebelum kahwin, cinta di zaman persekolahan yang boleh membawa keburukan, sifat dengki-mendengki yang akhirnya akan memakan diri sendiri dan juga ketabahan seorang anak untuk berjaya & dalam mengharungi kesakitan yang dihadapinya.

Apa yang saya suka tentang buku ni?

Buku ni sgt sgt sgt memberi motivasi kat saya dalam mengejar  kejayaan dalam pelajaran (walaupun sekarang dh habis study, but still it can improve my motivation in my future to get something, to achieve something in my life). Selain tu jugak, cerita ni buatkan saya rasa diri saya masih lagi dalam suasana persekolahan (how i miss my school's time :( ) and you know what? buku ni buatkan aku sebak and nak nangis at the end of the story... nak tahu kenapa?? haaa, kena lah baca wehh. serious weh sedih. Pandai penulis bermain dgn jalan cerita tu. Unsur kebahagiaan, kesedihan, kesetiaan, kesabaran, ketabahaan & byk lagi ke ke ke yg ade dlm buku ni. Nampak je mcm buku ni "remaja" punye style  but it contains manyyyyyyyyyy elements tau !

Ok, taknaklah cerita pepanjang nanti yg tengah duk baca/nak baca/nak tahu rasa mcm "alaa dh tau dh jalan cerita diaa" kang potong mood membaca korang, so nak tau kena lah try baca sendiri deh :) *yes, saya pun camtu, kalau tgk baca buku ke tgk movie ke ape, kalaua adee yg dh baca or tgk, asyik duk cerita jalan cerita kat kita, POTONG WEHHHH kita nak feel dia dah duk sebukkk cerita ! ishh. hahaha

So, diantara nilai & pengajaran yang dpt saya ambil dari hasil pembacaan buat kali ni adalah..:

Sumber : Google


 1) nikmatnya persahabatan itu jika dipenuhi keikhlasan, ketulusan, dan kasih sayang. Ini ditnjukkan oleh kebanyakkan watak2 dalam novel ini. Az satu geng & Zarif satu geng. Yelah, duk asrama. Kawan2 jelah mcm keluarga kita. Jika baik kawan kita, in sya allah, baiklah kita. jika sebaliknya?...

2) Sifat berdikari seorang anak kepada ibu-bapanya. Ini ditunjukkan oleh watak utama iaitu Az yang pandai membawa diri, berdikari walaupun hidup jauh dari keluarga (asrama) & apa yang tidak dijangka, Az sanggup menyimpan rahsia dirinya daripada keluarganya kerna tidak ingin buatkan kedua ibubapa dan keluarganya risau & susah.

3) Hasad dengki merupakan antara sifat dan pengajaran yang diselitkan oleh penulis yang ditunjukkan oleh beberapa watak yg sering ber-hasad dengki dan cemburu dengan kebijakan, kebaikan & kasih sayang yg diberi oleh semua orang kepada Az. Pelbagai agenda & muslihat telah dirancang oleh watak2 ini pada Az yang akhirnya menyebabkan semua orang memulau & menjauhi mereka. Hasad dengki merupakan suatu sifat yang patut dielakkan oleh semua orang.

Ok, itu jelah beberapa nilai & pengajaran yang dapat sy huraikan dan keluarkan di entri kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikeluarkan tapi, tak mencabar & tak suspen lah kan kalau saya cerita semua. Nak tahu kena baca laa ye dakk?? hhehe ;) *jangan marah naaa..

Tunggu saya di entri akan datang... 

PREVIOUS BOOK/ BUKU SEBELUM : Simpan Untuk Yang Halal
NEXT BOOK/ BUKU SETERUSNYA : Bukan Gadis Biasa


Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Monday, February 12, 2018 0 Comments

Gudang Makang, Terengganu

Holla ! Entri kali ni nak buat review sikit pasal kedaii makan yang aku baruu jah try for the first time. wuhuu ! Kedai ni boleh dikategorikan as kedai makan baru jugaklah kat Terengganu ni & kedai ala-ala hipster jugak lah. Nak tahu nama kedai dia? hehehe.

GUDANG MAKANGG ! yuhuuu.

Yes, Gudang Makang is one of the kedai makan kat terengganu ni. Dah dengar lama jugaklah tempat ni & ape yg buatkan aku tertarik nak try kat sini......disebabkan ade kawan aku ckp CHAR KUEY TEOW diaa sini best and  melimpahhh ! aumm. AKu ni pantang doe tgk CKT nih ! so, dua hari lepas berkesempatan pi makan kat sini dengan family semua :)

So, this some information that you guys boleh lah usha-usha kot kot nak try pi kan, takpun datang ganu, tak tau nak test kedai mane. Leh lahh usha info kat bawah ni :)



Gudang Makang
7710, Jln Kota Bharu-Kuala Terengganu,
Kampung Banggul Tuan Muda,
21200 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
(depan Mardi, Manir)

Waktu Operasi : 5pm - 12am
Instagram : Gudangmakang
Facebook : Gudang Makang (https://www.facebook.com/gudangmakang/)
Telefon : 019-9563135

Kalau nak tahu, Gudang Makang ni sebenarnye berkonsepkan ala-ala food court je. Byk tempat makan & ade bykkk booth2 makanan and minuman with different types. Ade booth yg jual Takoyaki, Pizza, Mee, CKT, Masakan Panas, Wastern. So, kau boleh pilih mane2 makanan weh ! banyak wehh ! Pastu kau pi order kat booth tu, MAKE SURE KAU PERGI KAU INGAT NOMBOR MEJA KAU. nanti kau bagitahu kat pekedai tu nombor meja, and dia akan hantar directly to your table. Kalau nak bayar terus pun takpe, kalau nak bayar time dia datang hantar kat meja pun takpe. :)

So, disebabkan aku ni berkenannnnn dengan CKT, so aku order lah CKT. CKT sini kau boleh buat banyak pilihan. KERANG saja, UDANG saja, CAMPUR (special) harga pun okey murah & berbaloi ! pehh (terbayang rasaaaaa diaa ya ammpunnnn)

Aku ni sejenis kurang suka UDANG, so i just chose CKT with KERANG je. RM5. my sister & my mother pulak ambik CKT with UDANG je & satu lagi SPECIAL (Kerang+Udang+Telur) RASA DIAA BEST WEHHH walau kosonggg je. Tapi for kerang lah ! LEMBUTTTT SGT ! yummyy. aihh terliuqqq wehh.

Nah some pictures of CKT Special & CKT Kerang. (CKT Udang Je RM 6)

CKT Special Gudang Makang (RM8)

CKT Kerang Gudang Makang (RM5)


Selain tu, abang aku ade try beli PIZZA kat situ. Kami beli dua perasa, Spicy Chicken & Seafood punye pizza. Kat situ ade mcm mcm jenis pizza gak yang kauorang boleh try. Hawaai, Supreeme, and ade lah satu dua jenis lagi.

 Spicy Chicken Pizza : RM9
 Seafood Pizza : RM8
Spicy Chicken Pizza (RM9)

Taste dia? HAHA, aku kalau dah jumpe CKT, mmg tak cekupp makanan lain dah. tu pun aku makan dua pinggan CKT HAHAHAHAHAHHAHAA. Aku sempat rasa Seafood punye pizza je one slice (tu pun buat balik rumah, makan waktu malamm tu. hahaha) Rasa dia best lah jugak (sbb faktor still kenyang so tak dpt nak hadam mana rasa dia hahaha)

Another foods yg kami try (which is my sister) adaalah,  Chicken Chop. Akak aku ni gila CC sikit. hahahaha, dia try lah dah ade kan ! Tapi aku mmg tak sentuh langsung sebab masih takleh moveon dengan aura JAMPIIII CKT hahahah (ceh mentang semalam Jampi menang AJL32 kan) haha. But, she said "best jugak CC kat sini" so best lah kot. hahaha.

Chicken Chop (RM9)

Okey, haritu waktu kami pi, petang. Around 6pm. and aku suggest korang better pergi malam lah. Gudang Makang akan kelihatan lagiiii cantikkk & hipster dengan lamput2 mentol tuu. Kalau time kami pergi baru ni. agak panas, matahari mmg akn masuk dlm kedai sbb dia mcm kontena besar. Kilang entah ape aku nak label tak tahu. Tapi kena pandai cari port lah. Tempat kami duduk tu mula2 teduh. lama lama matari memancar dengan terik mujur sempat habis waktu makan ! hahaha.

So, untuk akhirnya, ni ada beberapa website/blog yang orang buat review pasal GUDANG MAKANG ni, boleh lah korang usha-usha. Entri diaorang lagi menarik kott dengan gambar2 suasana malam, makanan2 yang lagi pelbagai tu ! hhehehe. Selamat mengusha & selamat try ! ahahhaa.


Gudang Makang, Tempat Makan Hipster di Terengganu
Cadangan Tempat Makan : Gudang Makang
5 Lokasi Jalan-Jalan Cari Makan di Sekitar Terengganu



Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Sunday, February 11, 2018 0 Comments

Simpan Untuk Yang Halal #ProjekBukuRemaja

#ProjekBukuRemaja
#BukuKeempat

Creadit to : Syed Steady

Tajuk/ Title :  Simpan Untuk Yang Halal
Mukasurat/ Pages : 356
Tahun Terbit/ Year Published :2012
Pengarang/ Author : Rinzuas
Penerbit/ Publisher : JS Adiwarna
Harga/Price : RM19 (Sem. Malaysia) &; RM21 (Sabah/Sarawak)

Mengisahkan seorang gadis yang berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dengan menjauhi hubungan berlainan jantina sebelum berkahwin (couple) walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan yang sendiri bercouple.  Buku ini berlatarbelakangkan suasana zaman remaja di sekolah, di kolej & juga alam pekerjaan.

Buku cerita ini banyak memberi pengajaran selain pelbagai ilmu agama yang diselitkan. Bahasa yang digunakan pun mudah difahami & sesuai bagi golongan remaja. Jalan cerita yang menarik dan berunsurkan agama boleh mengelakkan remaja atau pembaca dari mengambil iktibar dan tidak melakukan perkara yang ditentang oleh agama, Islam.

Apa yang saya suka tentang buku ni? Banyak sebenarnya. Diantaranya adalah bila baca buku ni, i can flashback my zaman sekolah ! hahaha. serious wehh. Rindu zaman sekolah. Memandangkan cerita ni byk berlatar belakangkan persekolahan. Selain tu, buku ni mcm menggambarkan diri aku. cewahhh, yeah, verybody want to change diri sendiri to be a better muslims right? same goes with me and liku2 kesusahan, semua tu mcm kita pun face that thing. Iman, biasalah. Kejap naik kejap turun, kejap istiqomah, sekejap futur, sekejap down. fuhhh, nak buat baik, jihad kene kuat. (haa sudah ! dah mcm ostajahh pulak dah haha)

Sumber: Google


Pengajaran & nilai yang boleh kita dapati dari buku ini adalah......

1) Iman kita kekadang naik, kekadang turun. Ada masa kita istiqomah, ada masa kita rasa susah, berliku menyebabkan kita berputus asa. NO ! if you feel futur or down, keep praying and keep strong. Do fight those feelings, In Sya Allah, the goods will come after that. Allah just nak uji sekuat mana kita mahu berubah & it might hard in the earlier but in the end, Allah akan hadiahkan youguys with PELANGI.

2) Cinta lepas nikah vs Cinta sebelum Nikah . Buku ni ada menunjukkan kesan2 atau akibat daripada kita bercinta SEBELUM NIKAH & SELEPAS NIKAH . Kisah ini lebih fokus kepada bercinta dalam kalangan pelajar sekolah yg telah buatkan beberapa watak dalam cerita ini, pelajaran mereka merudum akibat daripada bercinta. Hal ini disebabkan oleh terlampau mengikut perasaan dan akibat bercinta, pelajar mungkin tidak fokus didalam waktu pengajaran dan pembelajaran

3) Setia & percaya kepada takdir & jodoh . Zikri, watak yang telah dilahirkan oleh penulis yg mempunyai sifat yang setia, percaya kpd takdir & jodoh. Seorang yang sangat baik dan menjaga dirinya yang akhirnya kebahagiaan dimilikinya kerana telah mempercayai takdir dan jodoh. Kita, perlulah percaya dgn takdir dan jodoh. Jika dia milik kita, pada waktu yang tepat, dia akan hadir untuk kita dan walaupun kita dan dia dah bersama, tapi tiada jodoh, dia bukan milik kita juga. (cewahh)

4) Kita sering dengar kata-kata "Usaha Tangga Kejayaan" kan? Haa, dalam buku ini, penulis telah melahirkan beberapa watak yang sangat berusaha untuk berjaya. Terutamanya watak utama, Hani Zulaikha yang lemah subjek Matematik. Walaupun begitu, berkat usahanya yang gigih bertanyakan rakan-rakan, buat latihan..akhirnya dia berjaya dan dapat keputusan yg cemerlang. "Setiap usaha, doa & tawakal in sya allah"

5) Ikhtilat yang sering orang lupakan sangat ditekankan dalam buku ini. Sering orang ramai lupakan tenntang menjaga ikhtilat itu penting dalam memastikan keselamatan & harga diri setiap muslim.

6) Nilai Kepimpinan yang ditunjukkan beberapa watak yang menjadi pengawas sekolah yang mempunyai perwatakan tegas & bekerjasama adalah sangat penting selain menunjukkan sikap yang aktif di sekolah. Hal ini dapat membantuk para pelajar daripada melakukan perkara yang sia-sia diwaktu zaman sekolah. Beberapa watak termasuk watak utama , Hani Zalikha dan juga Zikri yang sangat aktif dengan pengawas, pemidato & ketua sangatlah bagus.


Ok, sebenarnya baaaaanyaaaak lagi pengajaran, nilai yang dpt awk awk semua dapat bile baca buku ni. Seriously, padat buku ni walaupun berunsurkan cintan cintun but its worth to read (for my opinion lah hihi )

So, saya berharap if korang dah baca buku ni, tertarik nak baca buku ni, boleh lah korang applykan ape yg korang dpt dari pembacaan ni dalam kehidupan korang. Yang baik, ambil. Yang buruk jadikan pengajaran. Kadang dengan membaca ni, selain dapat mengisi waktu lapang, ia jugak boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita, ilmu agama, ilmu ape ape jelah. Bila bertambahnya pengetahuan dalam diri kita, it means korang dah gain ILMU ;) ilmu adalah UMUM & SUBJEKTIF (cewahh) So....... SELAMAT MEMBACA ! :) Thanks sudi baca entri saya. see ya ! :)


PREVIOUS BOOK/ BUKU SEBELUM : Sepetang di Kafe Biblioholic
NEXT BOOK/ BUKU SETERUSNYA : Dorm Puteri Binafsaji



Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Friday, February 09, 2018 0 Comments

Sepetang di Kafe Biblioholic #ProjekBukuRemaja

#ProjekBukuRemaja
#BukuKetiga


Tadaaaaa, this is the third books that I've read for my #ProjekBukuRemaja. Yes of course, as u can see the title of my third books was "Sepetang Di Kafe Biblioholic"

Tajuk/ Title : Sepetang di Kafe Biblioholic
Mukasurat/ Pages: 406
Tahun Terbit/ year published : 2013
Pengarang/ Author : Ainunly Muaiyanah
Penerbit/ Publisher : JSAdiwarna
Harga : rm20.00 (sem.Malaysia) & rm 23.00 (Sabah/Sarawak)



Mempunyai gaya penulisan yang santai, mudah dan jalan cerita yang ringan ditunjukkan oleh pengarang bagi buku ini. Ciri-ciri tersebut bersesuian dengan target audian pembaca buku ini iaitu untuk para kanak-kanak sekolah rendah & remaja belasan tahun. Disamping mempunyai "Cover Book" yang menarik yang dapat menarik minat para pembaca.

Apa yang saya suka tentang buku ini?

Bagi saya buku ini sangat mengena dengan jiwa saya sebab buku ini berkisarkan tentang golongan yang "gila buku" (walaupun hakikat saya ni bukan lah peminat tegar membaca buku & buku yang dibaca pun bukanlah buku buku yang berat. Setakat novel tuu apelah sgt kan? hahaha)

Dengan baca buku ni, saya dapat rasakan begitu kerdil dengan dunia pembacaan saya. Watak-watak yang ditunjukkan dalam buku ini seperti Kamelia, Redza & En.Umair sangat menjiwai dan menggilai sesebuah buku sebab mereka mempunyai nilai and pandangan masing masing tentang buku yang dibaca. " Jenis Buku apa dia suka" "Kenapa suka membaca" and cara penulis menggambarkan watak watak tu bagi saya rasa mcm dunia watak tu dipenuhi dengan buku je. (saya percaya golongan seperti ni masih wujud di Malaysia)

Lagi satu, buku ni buatkan imiginasi saya tentang sebuah kafe yang dipenuhi dengan buku buku and saya harap kafe tu betul betul wujud ! nakkkk pergi ! *mungkin juga dipengaruhi dengan bidang yang aku belajar dalam Degree aku ahhahahahaha. but seriously, i love this kind of place dipenuhi dengan buku walaupun bukan jenis pembaca sgt ! hahaha :D (kalau nak tahu, biblioholic tu sebenarnye sesuatu yang suka baca buku & tentang buku)

and mungkin jugak sebab heroin tu kerja sebagai editor so mcm benda tu pun salah satu minat saya jugak tu sbb lagi jatuh cinta kat buku ni. (and eksited jugak bila ada istilah DDC digunakan dlm buku ni! wehh aku belajarrr kott DDC tuu mcmana ! :D )

Selain itu juga, buku ni jugak buat saya terliur dengan keenakkan coffee & tea dan jugak bagi pengetahuan kat aku tentang jenis2 coffee and tea mcm cuppuchino, esspresso, and mcm mcm jenis lagi. (HAHAHA)


JANGAN RISAU ! buku ni takde unsur-unsur cintan-cintun melebih lebih. Sikitt je ade tu pun part belakang-belakang je. So sgt sesuai & tak bagi effect negetif lah kat remaja :) *cinta pada buku, coffee and tea adelah ! hahaha



Sumber : Google

Pengajaran yang dapat diambil dari buku ni :

1. Kasih sayang dalam institusi kekeluargaaan yang ditunjukkan oleh keluarga Kamelia (ibu, ayah dan kamelia sendiri) walaupun mempunyai konflik keluarga, tetapi nilai kebencian tanpa usul periksa tidak diterapkan bagi memastikan nilai kekeluargaan yang harmoni.

2. Kesamarataan dalam pekerjaan ditunjukkan oleh Kamelia, Zara, Hannan, Redza & Shukri dalam menjalankan tugas di kafe walaupun mereka menyandang jawatan pengurus, pemilik, pekerja biasa tetapi dilayan seperti ahli keluarga.

3. Persahabatan yang akrab ditunjukkan oleh Hannan dan Kamelia. Walaupun mereka terpisah jauh, tetapi hubungan persahabatan mereka tetap terjalin akrab & sentiasa bersama dikala susah dan senang. Persahabatan seperti inilah yang dicari oleh semua orang .

4. Professional dalam kerja. Sikap professional yang ditunjukkan oleh En. Umair adalah sangat bagus kerana beliau telah berjaya mengasingkan masalah peribadi / hal peribadi dengan hal kerja/pejabat. Diwaktu pejabat, En. Umair sangat garang, tegas tetapi diluar waktu pejabat, En. Umair adalah seorang yang sangat peramah, menghiburkan & bertolak ansur.


PREVIOUS BOOK/ BUKU SEBELUM : Hotel Meow-Meow
NEXT BOOK/ BUKU SETERUSNYA : Simpan untuk Yang Halal
Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Monday, February 05, 2018 0 Comments

Library Science's Industrial Training


Heyya ! kini diriku kembali untuk menulis entri terbaru. Wahh, rindu jugak tapi tulah, buzy sikit so tak dpt masa untuk menarikan jari jemariku di papan tulis untuk menulis di blogku terchennnnta ini ahaks…

Entriku kali ni just nak share lah pengalaman & ape yang aku lalui sepanjang aku berpraktikal di tempat aku tulah. Memandangkan ramai junior2 aku yg bakal berpraktikal beberapa hari lagi & juga junior2 aku yg next sem (as preparation & ape ape yg patut buat a semester before industrial training or praktikal. Plus, untuk korang yg membaca ni yang BUKAN dari BIDANG yg aku pelajari which is BACHELOR OF INFORMATION SCIENCE (Hons) LIBRARY MANAGEMENT or my course labelled as IM244.

sumber: google

 Dulu masa mula2 aku belajar course nih, ramai yg tnya “ermm ape tu?” “ermm abis nanti kerja ape?” pastu ade plak yg ckp “nnti senang laa kerja….susun2 buku je….” Haaihh, aku MUNGKIN tak salahkan diaorang yg mcm NAMPAK MUDAH & PANDANG RENDAH kat course aku ni sebab 1) diaorang tak pernah lalui ape yg kami budak2 library science ni lalui, keperitaaan. Yg diaorang Nampak just “susun buku” 2)masa mula2 aku dgr course ni aku pun fikir “mesti susun2 buku JE….” HAHAHAHA. BUT, after dah belajar ni and aku rasa MENYESAL WEH CAKAP MCM TU SBB KALAU KORANG NAK TAHU, UNTUK SUSUN BUKU “JE” TUU PUN KESAKITAN YG DIALAMI TUU PERIT WEH ! HAHAHAHAA. Ape org Nampak “ape susah, ambil buku susun laa ikut kategori alaa mudah” satu lagi “duk jelaa kaunter, orang dtg jawab. Buaat proses smua.”

WEHHHHH JGN KORANG CAKAP CAMTU KALAU KORANG TAK TAHU KEPERITAN DIA WEH. CUBAAA KORANG BELAJAR LCC, DDC, DESCRIPTIVE CATALOGUING, COMPUTERIZED CATALOGUING, SUBJECT HEADING SEMUA TUU WEHHHH NAK NANGISS WEHHHHHH AHHAHAHAHAHA. Tu tak masuk lagi subjek lain waaa (after aku learn & praktikal, sesungguhnya aku tak pandang dh yg bidang DOKTOR, ARKITEK semua tuuuu JE YG TOUGH, YG SPECIAL, YG MULIA. HAHAHAHHA ) *bkn nak kutuk, tapi diri sendiri baru sedar.

Ok, entri kali ni taknak laa cite ape tu library science, ape je yg buatkan susah, sakit yg aku mention tu. But, just nak share kat tempat aku berpraktikal tu…camne flow dia, ape je kerja buat, skop kerja under my field as the reference to all my juniors yg bakal berpraktikal tu (sbb aku tahuu tahap nerves nak start intern tu camne sbb aku dah merasaii & bygkan time tu takde sumber nak rujuk tnye ape je perlu buat, ape je kerja semua tu..lagi nerves !) mujur ade duatiga seniorku tersayang, so I do ask them ! J thank youuuuu Aisyah, kak fatin, kak syazira & kak la J I appreciate it J

Untuk course aku @ UiTM perlu berpraktikal selama 5 bulan. So, aku dah lepas berpraktikal dari 1 Ogos 2017 hingga 31 Disember 2018 & organisasi pilihan aku adalah PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH yang merupakan salah satu daripada 5 jenis perpustakaan yang ada kat dunia ni… AKADEMIK LIBRARY under Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Waktu kerja? Office hour je, 8am to 4.45pm kecuali khamis, 4.30pm. (JUMAAT SABTU CUTI YEAYYY ) *ni untuk budak2 praktikal je, org keje kat situ jumaat sabtu pun ade kerja. Haha. Waktu kerja malam pun ade..nanti aku akan cerita lebih details J

FIRST DEPARTMENT :
Administration and Strategic Communication Department / Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi Strategik  (BPKS)

Ok, this department adalah department yg aku telah jejak & berakhir pun under this department.  DUA MINGGU awal praktikal duk kat sini & 1and half month yg terakhir pun ditempatkan kat sini. Memandangkan aku berdua praktikal kat sini dgn Ummu, sorang ditempatkan kat luar & aku ditempatkan dalam bilik bersama tiga lagi staff yg under section Komunikasi Strategik  . Kat sini, kami didedahkan dengan kerja2 office yg basic..biasa dibuat… mcmana cara2 nk jawab phone call yg dtg dari luar organisasi, mcmana nk buat minit mesyuarat, mcmana nak handle visit…haaa…memandangkan aku duk dalam bilik dgn tiga lagi staff (dualelaki & 1 perempuan ) yg juga merupakan unit media dalam PSNZ…So, aku didedahkan juga dengan media punye kerja…mcm macamana nk buat poster, banner, tayangan, selain handle visit students ke, organisasi ke kat PSNZ. Haaa, kat sinilah aku byk belajar dengan tiga staff dlm bilik tu psl media & office work. Serious, rasa mcm WOWWWW je bila tgk diaorang buat poster, banner, video semua. Yes, aku akui, org jenis buat kerja design ni mmg much better in communication and sejenis yg tingtong. Aku faham jiwa mereka. Org jenis mcm ni tak terlampau follow & skema (bukan mengata ni, entah, tak tau nak describe camne. Mungkin leh label diaorang as SEMPOI kot.. I like. Because of that, I learned a lot with them!   Tapi seram gak tgk kerja kat sini, dgn care about budget, program wehh seram weh hahaha. Tq for all staff kat department sini. Semua tak lokek bagi ilmu J

SECOND DEPARTMENT :
Library Technology Management Department / Bahagian Pengurusan Teknologi Perpustakaan (BPTP)

Haaa, kat department sini lak will handle all the technology dalam library termasuk system, portal, website.. haaa mencabar weh ! seram aku weh ! main ngan sistem website semua ni. Kalau nak tau, kat sini boss aku ade duaorang and DUADUA SUPER SUPER SUPER SUPER SENIOR aku kat puncak (students batch pertama masa puncak perdana bukak) aku like WOW ! sebut nama lecturer ni…dia kenal.. so byk leh sembang, cerita pasal lecturer2 suasana puncak dulu & sekarang, kenangan belajar & subjek2 yg dibelajar. WEHHH RINDU PUNCAK WEHH.  Tapi mungkin aku ade sikit je basic system yg belajar as subjek elektif, tugas aku kat sini takdelah susah mane & kebetulan musim student start new semester so I just got a task to access kan all new semester1 punye students kad matrik untuk diakses dgn library. Aku jugak dibagi task untuk kawal in and out student library through barrier gate punye system. Wow, rase mcm best gilaa jd “pengakses user” ni kihkihkih.Dua minggu je aku ditempatkan kat sini. (tq kat dualagi staff sini yg selalu paukan kami makanan..breakfast lah lunch lah hehehe terjamin mkn minum kami masa duk kat sini…)

THIRD DEPARTMENT
USER SERVICES DEPARTMENT /  Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Maklumat (BPPM)

Kat sini pulak aku ditempatkan selama tiga minggu (sbb ade tiga seksyen, setiap seksyen satu minggu) haaa, kat sini aku belajar mcmana nak generate data dari online database, mcmana nak bertugas kat kaunter, kerja2 kat kaunter (siap ade  kerja mlm lagi sbb bertugas kat kaunter untuk shift mlm. Yg ni waktu tak sama dgn sorang lagi geng praktikal aku. Dia hari lain, aku hari lain. But kami diassist dgn staff lah. Don’t worry staff semua best best wehh siap ajar mcm mcm, borak2 serious best jaga kaunter) ade satu pengalaman tu, aku kena handle a group of student from Bangladesh yg datang praktikal kat UMT for one month ! weh gabra wehh speaking English bohh ! hahahahahhaa. Dia datang nak cari buku, so I need to teach them mcmana proses nk cari buku dlm library tu. By using OPAC. Wah ! bangga weh bila diaorang dapat cari sendiri after aku ajar diaorang ! hehehe faham jugak weh diaorang dgn penerangan @ English aku ahahahahaha. 

Selain tu, kat department ni actually melibatkan users laa, dalam library, dgn lecturer yg mintak bahan, nak bahan, susun bahan. Sini task dia agak tough sikit kot sbb nak duk department ni kita perlu tahu the whole proses in and out of the library, about collections, locations, services, sbb ramai students yg dtg and ask question kat kita weh ! gabra jugak awal awal tu nak jawab sbb yelah, tak tahu byk lagi psl library ni. Lama kelamaan, enjoy weh duk kat kaunter ! & paling bangga dapat cakap dgn stuudents international yg nak guna thesis, so I need to teach mcmana nak cari thesis dlm REPOSITORY, pastu aku perlu cari dlm bilik thesis tu. Fuhh dah laa kat ruangan thesis ni bertugas sorang diri (nasib masa tuu akhir akhir dh intern so konfiden nak bercakap dgn orang tu dah tinggi hehe) 

Kat sini juga byk kena terlibat dgn aktiviti2 yg dijalan kan oleh library laa mcm talk, pertandingan, exhibition haa gittu. Tapi kebanyakkannya aku terlibat as AJK & tolong2 camtu lah. Sbb dia just nak bagi kita tgk macamana nak handle sesuatu event dari A-Z haa gittu...Design poster, design tag, prop… benda2 kecik2 je..satu lagi task paling aku nerves…bagi talk depan students sem 1 UMT berkenaan library. WEH DALAM AUDITORIUM WEH KAU SORANG KAT DEPAN, DEPAN BERATUS STUDENTS WEHHHH. Nerbes diaa TIGAHARITIGAMALAM AKU TAKSENANG DUDUK siap call mak ayah suh doa, duk tweet byk byk seram…but….bila start je cakap…YA ALLAH RASA MCM TAKNAK LEPAS MICROPHONE walaupun slot tu untuk 1jam setengah je ! hahahahahhahahaa. J but I enjoyed duk department ni. KERJA ASYIKKK MAKANNN JE ! HAHAHAH tq to all staff sini yg tak lupekan adikmu bab mknmkn & sembang2. (duk kat sini, duk kat tempat sendiri pun leh becakap kuat kuat & gelak2 dgn staff. Department paling kecoh & meriah lah kat sini ! Nampak sgt biasa berurusan kat kaunter, so dlm office pun kecoh ahahahha)

FOURTH DEPARTMENT
Data Repository Management Department / Bahagian Pengurusan Data Repositori (BPRD)

Bahagian ni boleh dikatakan sebagai archive bagi PSNZ. Bahan2 sejarah UMT, PSNZ semua disimpan kat sini. So tugas aku kat sini mendigitalkan bahan2 PSNZ, UMT & masukkan thesis dalam portal REPOSITORY. Fuhhh ! berfinarr finarr mata sis mengadap PC masukkan data & thesis dlm system ! bukan satuduaa…tapi beratus ratus ! hahahahah…tapi “ralik” weh buat benda ni…sedar2 pkul 1…sedar2 pukul 5 ptg ! hahahah (lagi best bila bos kau puji kerja kau cepat siap & masalah yg dihadapi pun bos yg handle hal kecik je hahahahaha) tapi awal awal aku fikir nk duk department ni SEMUA STAFF LELAKI WEHHHH HAHAHHA. Tapi bila 3 minggu duk kat sini…. Tak rasa takut pun…semua sporting & diaorang tiap hari duk pasang tazkirah, Ustaz Azhar, mengaji…termasuk bos. Waktu solat pun cepaaat je diaorang berjemaah ! fuh lega sikit hati hahahhaa. Tabik laaa.. sambil buat kerja, asyik duk gelak2 dengar ustaz azhar sambil byk ilmu agama dapat… & kat sini jugak mengajar aku kenikmatan baca akhbar tiap tiap tiap hari ! hahahaha, sepanjang duk sini…aku tahu semua isu semasa hahahaha (kecuali politikhahahha) Kalau nak tahu, kat sini lah department yg akan repair buku2 rosak, buat scanning proses (tu salah satu antara task yg diberi kat kami student praktikal ni. But do not worry coz staff situ terbaikk wehh dia ajar step by step & as i mentioned earlier, staff kat situ tak lokek ilmu weh ! :) )

FIFTH DEPARTMENT
Knowldege Resources Management Department / Bahagian Pengurusan Sumber Ilmu (BPSI)

Department ni merupakan tulang belakang PSNZ. Department nil ah akan proses buku baru, buat invoice semua tu, cop buku, tampal buku, BUAT CATALOGUING (NANGISSSSSSS), langgan database semua. Weh bunyi je senang wehh, cube korang try…nak nak part CATALOGUING TUU. SEBUAH BUKU SEPARUH HARI KOT NAK BUAT HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAA. Tapi bila dah lama okey laa but seriously, buat cataloguing takleh buat sehari berpuluh siap ! pinar mata weh, otak pun akan berat. Aku tiap kali buat cataloguing, (buku tu ok sikit, cepat je tapi kalau thesis.. YA ALLAH, Konfirm hari tu mood aku makaaaaaaaan byk ! sbb guna otak wehh. Bygkan kau catalog thesis PHD MASTER semua tu. Dah lah UMT course dia KIMIA LAH APE LAH WEHH ! NANGISS HAHAHA. Tapi, for your information, department nilah one of my fav department! Paling sukaaa. Hahahaha. Walau dari 8 pagi sampai 5 ptg, 1pm-2pm je kau main phone pun takpee. Suka weh. Buat kerja sambil dengar lagu, cakap cakap (tapi time catalog maaf laa, NO MUSIC ALLOWED FOR ME ! HAHAAH kalau tak tak focus weh hahaha) kalau stakat buat invoice, cop cop, tampal tuu takpelahh (tu pun seksa weh takleh senget, ikut ukuran INGAT SENANGGGG KE COP BUKU TAMPAL SEMUA TU? GUNA MCM MCM JENIS ALAT WEHH AHHA)

 3minggu tak cukup for me duk kat department ni. Rasa mcm nak dua 3bulan kat sini ! hahaha ( over haha) walau kerja tiap hari tak pernah habis, kerja asyik mengejar, otak penat but I LOVE THIS DEPARTMENT. (myb sbb kerja balik tabir & entahlah. Hahahah) Selain thesis and buku biasa, aku jugak diberi task untuk catalog majalah, CD, Journal. (so bagi adik2 yg tgh pening SUBJECT HEADING, MARC21 tuu, nanti time praktikal, kat sini lah korang akan praktikkan subjek2 tuu. Tapi jgn risau, ape yg korang belajar tu secara MANUAL, belek2 buku. Nanti praktikal, secara auto & rujuk sikit je buku. Bila buat bybykbykbykkkkkkk kerja, benda tu dalam otak kau je hehe. ) *aku siap risau bab catalogue & marc ni sampai bawak kotttt buku MARC21 tebal tu (erm, AACR & SUBJEK HEADING punye buku taklahhh. Tapi cuak gak weh, siap aku belek2 lagi before intern & before masuk department ni AACR tu cuak punye psal nerves weh hahahaha)

So, tu jelah kerja2 aku sepanjang lima bulan praktikal kat situ. Tu baru CORE kerja under tiap department. Tak masuk lagi kerja2 sampingan time event, visit, SPECIAL PROJECT, basic task semua tu…. Ahh..ape ape hal roger je iolls okey kalau nak tnye J hehe PM je, anytime I sedia reply hehe. (tak caye tnye org yg pernah PM aku Tanya psl intern ke psl subjek ke…hahaha )

Ok, tu je kot. PANJANG SGT DAH BUKAN KORANG LARAT BACA PEPANJANG. Maaf laa tak pandai tulis entri yg Nampak formal, best, semua. Takat coretan panjang mengarut tu boleh lah haha.

Psst.. erkkk, ade jugak yg Tanya psal SPECIAL PROJECT & APE YG PERLU BUAT BEFORE APPLY INTERN & BEFORE INTERN. Herm, next entri lah deh? Mcm panjangg sgt je dah. HAHAHAHAHA.


Before aku akhiri ayat kat entri ni, just nak say THANK YOU FOR ALL PSNZ STAFF yg melayani kami berdua dengan baik, tak lokek ilmu, anggap kami adik2 & sedar kami wujud and paling PENTING…TAK BULI KAMI HAHAHAA. Tq tq tq very much ! 

& semasa aku menjalani latihan praktikal ni...aku sedar, kerja ni sgt murni. Persis menjadi seorang guru. Bayangkan, kerja dalam library, salurkan maklumat kepaada students, pensyarah/cikgu. Sediakan bahaan2, tolong diaorang cari bahan, mudahkan pencarian maklumat. Sedia buku, ajar cara guna salurran yg betul untuk dapatkan mklumat yg betul haaa. Murni ape tu...macam guru, mengajar ilmu. Tugas di library, menyumbangkan maklumat & proses pencarian ;) So, benda ni buatkan aku jatuh cinta. Mcm impian aku dulu pernah nak jadi seorang guru & akhirnya berkubur kerana aku sedar i'm not a good ape orang cakap....hmmm.. tak pandai nak explain/terang kat orang & aku rasa mcm org yg dengar penerangan aku tu tak faham plus aku bg penerangan BOLOK hahahahha. So makin lama, konfiden level aku makin menurun dari hari ke hari haha. 

Bersama Staff di Hari Last Praktikal 




Kalauu suke LIKE laa yerpp ! :D jgn lupee

on Sunday, February 04, 2018 0 Comments
View mobile version

online



website counter widget


Chat with Me :)

Add me Circle


RECENT POST

Move.

Assalamualaikum and veryyy good afternoon everyone. Simple post, just to inform that i have a new blog. after this, semua penulisan dan co...


My Post

  • ▼  2018 (17)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (3)
    • ▼  February (9)
      • A SFRNFZL Giveaway
      • Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
      • Sebelum, Diawal, Diakhir & Semasa
      • Bukan Gadis Biasa #ProjekBukuRemaja
      • Dorm Puteri Binafsaji #ProjekBukuRemaja
      • Gudang Makang, Terengganu
      • Simpan Untuk Yang Halal #ProjekBukuRemaja
      • Sepetang di Kafe Biblioholic #ProjekBukuRemaja
      • Library Science's Industrial Training
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (28)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (5)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (42)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (11)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (46)
    • ►  December (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (51)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (3)
    • ►  June (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (164)
    • ►  December (16)
    • ►  November (16)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (13)
    • ►  July (7)
    • ►  June (8)
    • ►  May (10)
    • ►  April (18)
    • ►  March (22)
    • ►  February (19)
    • ►  January (22)
  • ►  2011 (152)
    • ►  December (21)
    • ►  November (11)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (26)
    • ►  May (12)
    • ►  April (8)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (9)
  • ►  2010 (234)
    • ►  December (22)
    • ►  November (11)
    • ►  October (15)
    • ►  September (19)
    • ►  August (12)
    • ►  July (14)
    • ►  June (28)
    • ►  May (17)
    • ►  April (23)
    • ►  March (34)
    • ►  February (24)
    • ►  January (15)
  • ►  2009 (155)
    • ►  December (16)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (10)
    • ►  August (5)
    • ►  July (17)
    • ►  June (23)
    • ►  May (17)
    • ►  April (15)
    • ►  March (11)
    • ►  February (12)
    • ►  January (7)
  • ►  2008 (73)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (6)
    • ►  August (13)
    • ►  July (15)
    • ►  June (8)
Degree
Finished Intern
Finish Degree
Grad
Work
Travel
DSLR/Nikon
Kahwin :D

Korean's Drama



1. Full House
2. Love Story In Harvard
3. Boys Over Flowers
4. Playfull Kiss
5. My Girlfriend is a Gumiho
6. Autumn In My Heart

7. My Personal Taste
8. Winter Sonata

Heartstrings

9. HeartStrings

10. My Princess

11. Dream High

12. The Heirs
13. Emergency Couple
14. Secret Garden

15. Decendent Of The Sun

16. Doctor Strangers

17. Doctors

18. Legend of The Blue Sea

19. Goblin

20.Marriage without dating
21. Go Back Couple

22. My Love From Another Star

23. Its Okay, That's Love









Follow @syazatty04



CORETAN HIDUP

Blogger's

  • Blog by Ana Suhana
    2 weeks ago
  • !~Bidadari Superb~!
    1 year ago
  • .: Janji Kita :.
    1 year ago
  • Nisa Kay
    3 years ago
  • LYSSA FAIZUREEN
    5 years ago
  • Irine Nadia
    5 years ago
  • Catatan Seorang Syed
    5 years ago
  • Alif Asyraf
    6 years ago
  • Lyana Wn Rahimi
    6 years ago
  • SA-VIORS
    7 years ago
  • Hey, Seha is here!
    7 years ago
  • S.K.
    8 years ago
  • Bernafas Dalam Ego
    9 years ago
  • aku introvet
    10 years ago
  • KuahDalca
    11 years ago
  • A I Z A T
    11 years ago
  • Diari Anak Ikan (>.@)
    11 years ago
  • BuLAt.iTU.CircLE
    12 years ago
  • ✿ Dinie SD =) ✿
    12 years ago
  • SyedGraphiX | A Journey to be Awesome! |
    12 years ago
  • Pagi Hari di Durham
    12 years ago
  • EzieyMustaffa
    13 years ago
  • ini kesaah aku lha .fakhrul. ;)
    13 years ago
  • Suck but Like
    13 years ago
  • aLwatary Blog -antusufi
    13 years ago
  • Ngekeks
    14 years ago
  • Naziera

...

  • Its Mine :)
    7 years ago
  • Syed Esyad
    12 years ago
  • Steady's Blog
    13 years ago

SMK DARINS

  • Noor Anifa
    8 years ago
  • LoVe iN tHe HoUsE
    9 years ago
  • Farisk
    11 years ago
  • Kryptonite ∞
    12 years ago
  • Siti Nadia
    12 years ago
  • Nur Shira
    12 years ago
  • "my BLog mY liFe"
    12 years ago
  • At the foot of a Giant
    13 years ago

SULAIMANIS

  • IF Eiffel STORRY
    12 years ago
  • Suatu Ketika,Sejarah Dahulu Kala
    14 years ago
  • Apul Yo
    15 years ago

Come Again, Thank you. Datang lagi,Terima Kasih :)

Daisypath Friendship tickers

CopyRight 2008-Current All right reserved by SYAZATTY ALYDRUS