Yana samsuddin and pierre andre jadi hero/heroin . movie ni best jugakk :D sweet , comel ! takdelah mcm movie yg "BERAT" . *Faham kan maksud BERAT tu camne xD ahhaha.
*sape sape yg tak tgk lagi tu..... nk tau sinopsis... ade kat bawah .. and yg nak tgk FULL VERSION pun ade kat bawah ni :) scroll scroll scroll ! :)
SINOPSIS
Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama ICHIGO yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours .
Pelbagai rahsia keindahan Malaysia diperkenalkan kepada mereka , namun ICHIGO djdanchef mempunyai rahsianya tersendiri . Datang dengan harapan mencari sesuatu yang telah lama hilang dari hidupnya. Jangan lupa, bersama menyelusuri perjalanan ICHIGO demi cintanya.
FULL MOVIE *untuk senang -CLICK SINI - je :)
_____________________________________________
NOVEL ! :)
Next novel yang baruuuu sudahh aku baca is PROJEK MEMIKAT SUAMI ! *alamak ,tajukk mengancam !
Novel ni best sioooooooot tooooot !! :D aummm ~romentikkkkkkk gileeeeeeee Aww aww awww . tu je yg dpt comment . hahah. and satu agi , aku suka PERSAHABATAN dlm ctea ni. tahu je salah sorang kawan SEDIH , sanggup fly from ipoh, grom utara to KL semate mate nk bersama ngan kawan ye. bak kata black dlm lagu TEMAN PENGGANTI " ketawa bersama menangis bersama" . cewaah. best ctea ni ! ;DDDD
SINOPSIS
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin