Haaai . next novel . aumm~ dah habis baca buku terbaru from fauziah ashari *one more novelis yg aku suka baca karya dia. buku yg lain semua dh baca. yg ni yg terbaru, tajuk KAN KU KEJAR CINTAMU.
Best jugak laah. when i read this novel . satu je tringat. tringat kat bestieyku,syakirah nabilah. hahah. tau sbb ape. style watak heroin *alma* bercakap cam gile gile ..slumber... ayt dia ala ala ayt2 yg biasa geng aku tu biasa sebut. so tringat kat dia.
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."
Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau, - Raiyan
"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.
1 comment:
Done follow back :)
Post a Comment