Petang ni dah asyik terperapp dlm umahh . hujaaan kan. tak ley g mana mana *alahh, bajet time musim tak hujan aku bergerakkk sgtlaah kan. padahal mengadap facebook,twitter and blog jugak kan? kah3.
K2, petang ni, sempat aku LAYAN satu movie yg agak barulahh jugak. APA CELOP TOOOQ.
Perghh , best jugak ctea ni. lawak +touching and pengajaran erti PERSAHABATAN tu penting. part sedihh pun ada.
Alahaaaai . menjadi pulakkk si hazama ni berlakon. cayaaalaah. dhlaah suara sedap . lagu pun sedapp .berlakon pun sedapp. alaaahaaai. dalam story ni suka sgt tgk hazama. naak nakk time dia ikat rambut dia and dia lepas rambut tapi kalau buat rambut serong kat depan tu , i tak berkenan lahh.kah3... gurau je deh... dun marah marah ;)
and lagu dalam ctea ni pun best ! my fav kot. NOKHTAH dan AKU MAHU DIA ! aumm ~ :D satu agi aku suka movie cam ni. mcm komedi +love +bengong2 . mcm adnan sempit , mael lambong , hantu bonceng. alahh, ctea ctea ala ala camtulahh ! :)
SAPE tak tgk lagi ? sorry, takdop link nokk bagi *youtube* try search. takde yg FULL pnye. ygni pun my bro download kan :) thanks again my bro -ss- ! :D
#psst . tapi link nk download leyy ah -USHA SINI - Tapi tak tau lah ok ke tak. sbb link yg bro aku download aku ta tauu.keh3.
SINOPSIS
Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya.
No comments:
Post a Comment