Baru ni aku berkesempatan beli buku Catatan Matluthfi ni :) aku memang minaaaat gilaa dengan mathluthfi nii. lawak diye,ayat diye mmg lawak jadi habiss la !! :D
So, mastluthfi ada wat buku, beli aa jawabnyee . hehee.
Komen aku psl buku ni?
Best....lawakkk !! hahaha. lawak diye lawak slamber jee tapi deep. hahaha. Menariknye buku ni dia ade story dia kat oversea,so dpt tau beberapa tempat kat sana,suasana diaa. menarik laa. Dah laa buku dia warna warni ada gambar lukisan cartoon and mcm mcm laa..hahaha interesting
hehe, aku tak pandai nak ulas panjang panjang. heee..
SINOPSIS
Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.
Beberapa review dari pembaca :-
SIAPA MAT LUTHFI?
nilah Mat Luthfi, nak kenal lagi? tgklaa vlog diye, konfirm suka !
click bawah ni :)
Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)
_________________________________________
Selamat membeli and membaca ! :)
No comments:
Post a Comment