Dagnosis & Diagnosis 2 buku yang ditulis berkisarkan kehidupan doktor doktor. Ye, byk isitilah doktor dan perubatan dan penyakitan digunakan *dont worry penulis dah tulis makna makna istilah kat bawah setiap helaian buku, sambil baca sambil dpt tahu istilah doktor kan ? hehe
Dulu dulu cita cita aku nak jadi doktor. HAHHA, tapi terlampau memain sgt, SPM kelaaaut, Biologi cukup cukup makan, physics and kimia dok brapeee nok byk vitamin sgt result tuuu, so impian hanye tinggal perkataan dan angan angan je :( hahaha.
So,bila aku baca buku ni, terasa mcm aku doktor dah. Ya, cara dia describe situation dalam dewan bedah, check pesakit, kerenah pesakit, dan mcm mcm lagi buat kdg kdg jantung aku berdegup kencang, *mcm aku ni dalam situasi tuu,jadi doktor or nurse* hehhee.
Tapi, buku ni memang laa berkisar sal doktor, tapi bykkkkkkk sgt unsur ketuhanan dan pengajaran yang diterapkan. Entahlah, i kennot deskraaaib it. HAHA. kalau korang nakk feel tahu, beli and bacalah.
Ada sampai tahap air mata menitis....
nak nak part yang mak dia kecik hati pasal seluar jeans anak diye.. pehh sentap sedih beb !
*Untuk aku Diagnosis best sikit dari Diagnosis 2 :D ahha *
Nah, kat bawah ni aku ade sediakan SINOPSIS dua dua buku tersebut and beberpa book review dari bloggers lain yang aku pilih secara rawak. HAHA ;)
DIAGNOSIS
Cover buku
1) http://honeykoyuki.blogspot.com/2014/09/review-novel-diagnosis.html
2) http://thefactsoflife2007.blogspot.com/2014/12/novel-diagnosis-bukan-sembarangan-buku.html
Ni sinopsis belakang novel DIAGNOSIS
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'Superior'
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran. Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat. Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah. "Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
DIAGNOSIS 2
Cover Buku
1) http://www.ciksepet.com/2015/02/best-tak-novel-diagnosis-2-dan.html
2) http://nuramalinasafawati.blogspot.com/2015/02/review-buku-diagnosis-2.html
3) http://nabm930627.blogspot.com/2014/10/review-novel-diagnosis.html
SINOPSIS
Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi.Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis,bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini,jika benar untuk Ilahi,pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya,bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca,saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling ‘kaya' dan kamu rela bersengkang mata,mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu ‘rasa itu’ rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia Ya, ini kerjaya kami selamanya
Moga sekual Diagnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.
Ini buku untuk semua.
Bacalah dengan namaNYA.
No comments:
Post a Comment