Mukasurat/ Pages : 195
Tahun Terbit/ Year Published : 2014
Pengarang/ Author : Farhiya
Penerbit/ Publisher : JSAdiwarna
Harga/Price : RM 17 (Sem.Malaysia) & RM19 (Sabah/Sarawak)
Mengisahkan seorang gadis, Hanah Taqwa yang cuba untuk merubah dirinya menjadi seorang muslimah yang solehah. Berkat istiqomah dan nekadnya, Hanah berjaya mengubah dirinya menjadi lebih baik dari sebelum ini. Namanya seperti melambangkan dirinya seorang yang sangat kuat dan tabah walaupun pelbagai ujian dan dugaan dalam "Henshin" ataupun dalam berhijrah. Kehidupannya yang serba serbi lengkap cuba untuk dilengkapinya dengan syariat islam. Tetapi, orang cakap kalau nak berubah kearah kebaikan ni, mmg kuat ujian & dugaan yang ALLAH bagi. Bukan sebab saja-saja tetapi sekadar mahu menguji kekuatan & azam kita tu. Kadang, dengan ujian lah ade org give up terus tak jadi nak berubah. Tu semua SYAITAN sebenarnya. Hanah Taqwa tak lari dari kesilapan, satu ujian yg membuatkan dirinya makin rapuh.... Nak tahu? haa, kene laa try bacaaa ~ *suspen takk? haha*
Ape yang saya suka tentang buku ni?
Bila baca buku ni, aku sedar ramai lagi diluar sana yang seperti saya, seperti kita. Yang nak berubah, tapi diuji, yang nak berubah tapi dikecam, dipandang hina. Ya. Aku akui semua tu. Kadang, org bertudung labuh ni, ramai orang pandang serong "alaa tuudung je labuh, tapi perangai...tergedik dgn lelaki...tulang rusuk laa, asyik ckp sal jodoh laa" "alaa tudung labuh, tapi perangaiiiii..." Ya, ade betul dan ade salah. Mmg tak nafi aku jumpa orang mcm tu. Tapi, kenapa kita salahkan dia BERTUDUNG LABUH dgn perangai dia? TAKYAH KATA2 LAAAA KAT DIA. dia pakai tudung labuh, tutup aurat. Haa, ikut jelaaa dia dari segi tu. dari segi dia suka mengata ke tergedik2 ke, kau takyah ikut. Kau doa laa haarap dia berubah,sedar. tak ke elok camtu? ape yg baik dari dia, kita ambil. Ape yg buruk dari dia, kita jadi kan pengajaran & guideline kita. TAKYAH AWK SEMUA JADIKAN TU SEBAGAI ALASAN AWK TAKNAK JADI MCM DIA. Mainan syaitannn je tu weh ! konon "aku tak pakai tudung, tapi at least aku tak mengutuk belakang2..." weh awk sedar tak tu syaitann sebenarnyeeee. (hahaha ostajah dah aku ! ahhaha)
TAPI, UNTUK YANG BERTUTUP2 NI PUN ADA HAL NYA JUGAK. Kalau nampak orang lain pakai tak tutup mcm awk, nak tegur, tegur elok2. kalau taknak tegur pun...TAKYAH LAH TENGOK/PANDANG ORANG MCM AWK TU MALAIKAT. haaa, tu lah salah satu sebab utama orang tak suka dengan muslimah2 tudung labuh, tutup ni.
Salah ke kalau kita sama sama give and take. Dia elok, kita ikut. dia tak elok? kita doakan. Kita elok dia tak elok, kita doakan. takdelah isu ni asyik aku terbacaaa kat tweet2 kat fb kat semuaa. haihh. AKhir zaman mcm tulah.
Selain tu, buku ni buatkan aku rasa kerdil dengan watak Hanah Taqwa ni. Sungguh kuat & istiqomah. Aku yakin mmg ade orang mcm ni kat dunia ni & jauhhhhhhhhh nya diri dia dengan aku. hmmm.
Ok, taknak lah panjang2, just nak buat review pengajaran & nilai yang sy dapat melalui pembacaan buku ni. Chill eh ? haha.
Sumber: Google
1) Iman itu berbolak balik, kadang kita diuji, kita rebah. Ape yg dpt saya rasakan kat sini, kita perlulah sentiasa percaya pada qada' dan qadr Allah & terus melangkah dengan kuat kalau kita yakin, tu menuju ke jalan yg diredhoi Allah, insyallah, Allah akan bantu.
2) Hubungan kekeluargaan yang akrab dan bahagia itu perlu ada dalam seseubah institusi kekeluargaan dalam melahirkan keluarga yang Sakinah, yang harmoni. Perlu ada sesi luahan perasaan, parents perlu fahami ank2. Anak2 perlu hormati parents. Adik-beradik, bergurau tanda mesra, tak semestinya bergaduh tanda tak sayang. ada kala bergaduh tu mengeratkan. Kena pandai menilai sebenarnya nilai kekeluargaan adalah segalanya. Baik waktu kita keluarga dan kawan ada. Tapi, susah waktu kita kawan tak semestinya ada dengan kita ;)
3) Menerima kelebihan dan kekurangan seseorang baik dari segi kekeluargaan, persahabatan & juga pasangan. Itulah sebenar nilai yang dpt mengeratkan hubugnan kita. jgn duk terima kelebihhan je, bila nampak kekurangan, keburukan, terus buang. terus marah, terus benci. NO ! tak elok. cuba terima kekurangan, nama pun dlm sesebuah hubungan, saling melengkapi. tak gittu.
Macam lirik one of my fav song *lagu zaman lyn ngan bestfriend dulu* Ku terima kau apa adanya by Potret Band
"Ku terima kekuranganmu, kusyukuri kelebihanmu kerna ku memang sayang kamuuu
Jangan masa sayang2 bercinta je duk tuju lirik lagu camtu, ehh bila dah kahwin, lain jadinya ! ish.
Ok, dah lah ! mcm bagi ceramah dalam kursus kahwin plak ! takpun bg motivasi cinta dari Doktor Cinta je, padahal nak review buku Bukan Gadis Biasa je ! hahaha
ni just pendapat/pandangan saya je. MAAF andai tersilap kata, terkasar bahasa ! :)
chill.
See ya in my next entry ! :)
PREVIOUS BOOK/ BUKU SEBELUM : Dorm Puteri Banafsaji
NEXT BOOK/ BUKU SETERUSNYA : Jah & Od Soulmate Selamanya
No comments:
Post a Comment