So, tujuan entri kali ni, seperti yang dijanjikan di entri Library Sciences Industrial Training (korang boleh click kat sebelah tu kalau nk baca entri tu.) & juga di whatsapp2, facebook comments my juniors about "apee je perlu buat?" "boleh tak sir tak suruh lagi, tapi kita dh call organisasi tu?" "nnti call cakap ape je?" and mcm mcm jenis soalan lagi yang diutarakan. Hehe. takpe, jgn malu malu, jangan segan segan, kerana malu itu perisai orang berimann *sambil nyanyi lagu Ana rafali hehe*
(Ini yang aku lalui lah. My faculty, my lecturers. So, kalau ade yg lain dengan awk awk semua. Maaflah. I'm just sharing ape yg aku dh lalui ehh)
*btw wahai adik2 ku tercinta. Iffah, tehah, jihah, hajar, ain & semua lah maaf tak termention takpekan kzaty bahasakan dengan aku? hahahaha bile ade perkataan aku tu, pepandailah korang baca as "KZATY" daripada "AKU" ok? hahhaha*
SEBELUM BERMULA SEMESTER TERAKHIR (one semester before practical)
Bermulalah perasaan berdebar korang, dah stress fikir kat mane nak intern, diaorang approve ke tak? macamana keadaan praktikal nanti? (ditambah dengan stress korang pada FYP, projek2, exam, test,quiz, presentation korang di semester akhir tu haha tapi seriously, you guys bakal merindui semua tu serious wehhh ahhhaa)
Ok, actually, sebelum bermula semester baru korang ni, iaitu semester 6, korang sebenarnye dah boleh start fikir tempat kat mana korang nak apply. at least dalam senarai ade 2 main pilihan & beberapa lagi as back up (in case organisasi dua tu taknak terima korang) sbb nanti kita akan bagi dua organisasi kepada sir yg handle LI kita (duulu aku Sir Faizal) and korang dh boleh start call organisasi tu. (tapi aku tak call pun seawal tu. Tunggu lepas taklimat pertama LI dari sir faizal, sir suh call baru call. Almaklumlah ku ketandusan tempat pertanyaan. yelah, first time kat rembau, first batch yg keluar praktikal dari UITM REMBAU nii... dengan sir faizal yg bukan dari puncak so ramai kami fikir kot kot proses dia lain kan haha) Tapi sebenarnye korang dh boleh start call. Sebab kot kot organisasi korang tu terus nak terima korang, dh takyah susah2 fikir.
Tapi dulu dua dua organisasi yang aku call tu, dua dua suh just hantar je dulu resume kat diaorang. Terima tak terima nanti dia royak.
1) Buat Academic Resume. Haa, akademic Resume ni bakal korang hantar ke organisasi tu. Academic Resume ni sebenarnye more towards your academic background and achievement. Bukan mcm resume korang nak cari kerja tu. Tu terlampau details. Resume aku haritu just masuk details pasal diri sendiri, results dari UPSR-STPM plust result SETIAP SEMESTER FOR SETIAP SUBJECT ZAMAN DEGREE KORANG (Sem1-sem5) siap Current CGPA lah. haaa, dpt gambaran tak? (takpun mintak je contoh kat senior2 korang)
2) Call organisasi. Ade jugak yang tanya aku bile call nk tanye ape je? So here's some of the questions and benda yg kau kene cakap.
a) Introduce yourself, name, students course ape, Universiti mana
b) Tujuan call : nak tanya whether __(nama organisasi ni)__ terima or tak pelajar praktikal.
IF YES
c) Tanya dengan sapa perlu awk berhubung (full name dia, jawatan, no telefon) ?
d) Pastu call lah orang tu kalau dia suruh kan. Call, tanya sebarang surat yg bakal awk semua hantar nanti (mcm borang request terima student praktikal lah, resume segala bagai) nak hantar by what? Email? surat? fax? or ape ape jelah.
e) Pastu tanya lah juga (kalau korang ade geng nk praktikal sesama) berapa biasa organisasi terima student praktikal takpun tanya, kalau duatigaorang , terima tak? haa, atas awklah tu ye. ;)
DIAWAL TAKLIMAT LI
Korang akan diberi satu borang untuk isi, dua tempat organisasi korang tu haaa. Time tulah korang kene isi & kepilkan dengan resume then send it to your lecturer in charge for LI (mcm aku sir Faizal lah) Then lecturer yg akan send semua surat tu. Pastu korang tunggu jee dalam group whatsapp update dari sir sapa yg organisasi dah konfirm terima ! :)
Haaaa, part ni mmg nervous. tapi aku tak merasa nerves ni sgt because aku diantara 4 students terawal yg sir mentioned dalam group whatsapp yg organisasi kami dah terima kami ber-LI kat organisasi tu ! walawehhh syukur. takyah stress2 fikir. (mungkin faktor batch aku just 3 org org ganu hehe) Tapi tulah, serious kesian kat kawan2. Ada yg sampai tahap dah nak habis semester dah jawapan still tak terima. Ade jugak mcm mcm karenah, suruh datang Interview lah (ni company besar2 ni ) ade yg person in charge tu cuti lah, ape lah so ade yg kena reject lah semua bagai. WEH INGAT TAK STRESS KE FIKIR WEH TAK APPROVE LAGI. kalau in case korang jadi camtu gak, dua dua organisasi reject or tak bgi jawapan maka siap sedialah untuk diri anda dilelong dimana mana organisasi pilihan lecturer korang (ade jugak sir bg kelonggaran untuk kita pilih tempat tu as pilihan ketiga.) korang kena doalah moga korang organisasi dengan mudahnya menerima korang. Takpun, kalau takde updates dari organisasi, korang kene call balik diaorang bagitau dah hantar, and terima tak? ade kes, dia dah hantar tapi email/surat tak sampai pun. Haaa, tu kene double check land slow talk lah.
DIAKHIR TAKLIMAT LI
Hahaha, lek lek sis semua, jgn cuak jgn berdebar. korang akan melalui semua tu but YOU GONNA MISS THAT SERIOUS EHH ! haha. sekarang ni aku duk terpikir "boleh jugak eh aku survive dgn semua tu and rasa lawakk kottt hahah"
MAKE SURE MASA KAU CUTI SEMESTER (cuti semester yg part 6 nak masuk part 7 (LI) tu, korang survey lah tempat korang intern, bukak website, hafal sikit muka ketua2, nama2, ceduk ilmu sikit. Baca biar tau brief about your organization. Ape je services ditawarkan, bahan2 ape, aktiviti, bukak segala mak nenek FB TWITTER BLOG WEBSITE PORTAL yg organisasi tu ade.
pastu cari jugak format2 REPORT HARD COVER yang bakal korang buat tu. mintak ngan sir, ngan senior,ngan kawan2. MAKE SURE ADE AS GUIDELINE korang perlu ape untuk diisi report hardcover tu. nanti kan ade elements tertinggal ! naye engkauu. haah
SEMASA LI (first day)
First day MAKE SURE DATANG AWAL SETENGAH JAM ! hahahaha aku dulu ngan one of my friends siap silap masuk office lagi ! hahahahah. bangunan betul dah, tapi tak tahukan tu unit lain, bukan organisasi aku praktikal. Label plak tulis "TEKNOLOGI MAKLUMAT" So mcm matching ngan faculty kami, and mathcing dengan organisasi kami tu ahhaha. nasib datang awal & tanya dulu staff situ tanpa diketahui ramai yg kami tersilap. HAHAA.
Pastu make sure bawak segala mak nenek yang perlu diabawa (resume, borang akuan pelajar, surat penerimaan, etc)
Okey, first day korang pi jumpe dulu staff yg korang duk contact tu. Jumpa dia, dia akan brief kat korang la the whole organisasi, kerja2, sepanjang kau praktikal, bagi jadual ke . haa, time ni koarng kene lah bukak mulut tanya about your SPECIAL PROJECT. ada organisasi yg dia akan tentukan your project, ade yg kau sendiri kena fikir & buat, ade yg mcm mcm ade laah ! hahahaa but for my organization, dia dah mention awal2 dia akan bagi BANYAAK PROJEK (means dia akan bagi lah projek tu) but yelah, aku ni jenis kalut and nerves lelebih so the whole masa aku praktikal tu still aku analyzed, aku tgk keadaan and cari idea untuk special project tu. (sbb aku fikir and bayang tetibe organisasi cakap "awk kene fikir sendiri projek tu" takpun tetibe boss ckp "ok, ape special projek yg awk nak buat?" haa kan takde idea. So, aku asyik stress fikir bende ni sbb aku bukan ade idea pun and finally, mujur dia bagi sungguh projek tu ! hahaha.
__________
Ok, tu jelah perkongsian aku berkenaan your practical ! :) hahaha. tak cukup? alaah, mcm tak biasa PM kan? hahahah. takpun bagi lah idea kat aku ape aku share lagi pasal intern ke ape ke kat blog ni. ade masa (mmg lebih2 masa ni cume malas rajin je nak type hahahha) aku tulis and share hehe.
OH YA ! pasal SPECIAL PROJECT kan?
Aku dulu mmg diaorang bagi mcm mcm projek la. Sebenarnye at the early of our practical, kkami silap faham pasal "PROJEK" ni. ramai yg sangka kan projek ni PERLU BESAR, BUAT EVENT, padahal bukan weh bukan ! projek ni tak kisah sebenarnye. Asal bagi impact, dapat improve your organisasi. Contoh kau nak bagi idea untuk make sure pekerja on time, kau ade jjalan penyelesaian, haaa boleh je, pastu kene lah ttanye pendapat your bos, ok ke tak? kalau dia approve, perlu buat betul2 ke or just proposal? haa gittu.
Special projek aku siap buat 2 lagi weh. Sebenarnye 1 je. But mcm dua projek yg buat tu mcm best and rasa KEPERITAN DIA so rugilah kalau tak jadikan as special projek kan? (haa, yg ni kene tanya supervisoor lecturer koranglah takpe tak buat dua or lebih. Aku sir Azmi benarkan so buatlah hehe)
My special Projects were.........
1) Planning Design PSS Sekolah kat Hulu Terengganu. Haa, yg ni walau berat. but eksited weh buat. Sbb subjek planning and design ni baruu je belajar semester lepas yg sebabkan taktidur malam, bersahur kat medan, semua bagai tu hahaha. Untuk projek ni, kena reka design yang berkonsepkan cikgu2 tu nak, kene tgk dari segi lighting, susun atur, bahan2, keluasan. So, after siap design gune software design semua, kami perlu buat proposal, kira bajet smua lah. before that, pergi kat sekolah tu sendiri (dekat 2 jam perjalanan dari organisasi kami) ukur PSS tu, tgk keadaan betul & present depan cikgu2 and TOP Management organisasi aku. WEH SAPE TAK CUAK WEH WALAU EKSITED ! AHAHHA. (yg bangganya, cikgu2 semua tu siap nak ajak kami berdua buat design tu and susun atur design pss diaorang tapi malangnye waktu proses design PSS tu, kami berdua dah habis intern (2018) BAYANGKAN psss tu baru, kosonggg lagi so korang kene design BEST WO ! haaha. sayangnye terlepas peluang nak merasai detik2 tu :(
2) Buat ONLINE QUIZ untuk meningkatkan tahap penggunaan online database. Haaa, yg ni sgt sgt sgt sgt mencabar walaupun sgt sgt best and eksited ! the whole proces enjoy je. Kami kena buat dari A-Z lah. dari segi analyzed database terendah, reka soalan2 berdasar database (yg ni berpinar mata terpaksa baca bykkk article, ceduk soalan, cari jawapan,sediakan skema ) pastu design poster, iklankan, tampal sana sini, post dlm media sosial, face-to-face dgn students untuk join quiz. Handle hadiah2, call supplier, rancang hari pembahagiaan hadiah semua. Tapi enjoy buat. Cume yg stress nye, sepanjang masa quiz tu, adalah musim pertengahan semester so students buzy with assignments, test ramai tak layannn dgn quiz ni (kami tau bende ni sbb kami merasaai, time tgh semeter mmg tak laa nk layan benda2 cmtu ahhahaha tapi dh bos decide camtu kami kenalah ikut) tapi alhamdulillah, berkat usaha, keperitan kami, semua ok & after the quiz, tgk statistik penggunaan meningkat weh ! dari 1000 penggunaan sampai 5000 lebih! hahahah eksited boh ! :)
OK! otak dah tepu, jari dah letih menaip, so wait for my next entry keh ! (acah diva sikit) ahaha byebye ! :)
( Ahad, 18 Febuari 2018 : 11.22pm)
No comments:
Post a Comment